Mahathir bersilat dengan pelakon Walid (Video)

Mahathir bersilat dengan pelakon Walid (Video)

Baru-baru ini sebuah majlis Malam Gala Tayangan Perdana filem berjudul ‘Walid’ diadakan di GSC, Starling Mall, Petaling Jaya.

Walaubagaimanapun, filem Walid ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 14 September 2023. Walid, sebuah filem Layar Pictures arahan Areel Abu Bakar mengangkat kisah penculikan kanak-kanak membabitkan sindiket pemerdagangan manusia.



Namun sebelum ia ditayangkan kepada umum, pihak produksi telah memberi penghormatan kepada negarawan dan mantan Perdana Menteri ke-4 dan ke-7 Malaysia, Dr Mahathir Mohamad secara eksklusif menonton filem ini.

Di laman Facebook peribadi beliau, Mahathir memberitahu dia diberi kesempatan menghadiri sesi pra-tonton bersama pelakon-pelakon, kru produksi dan pengarahnya, saudara Areel Abu Bakar di IOI City Mall Putrajaya.

“Petang tadi saya hadir sesi pra-tonton filem berjudul “Walid” atas jemputan pengarahnya, saudara Areel Abu Bakar di IOI City Mall Putrajaya. Filem ini telah terlebih dahulu ditayangkan di Film Village, New York dan Leammle Glendale, Los Angeles pada Julai dan Ogos yang lalu.”

Selepas menonton, Mahathir memuji jalan cerita filem ini yang sangat menarik. Malah dia tidak menyangka dengan bakat besar dimiliki oleh pelakon cilik, Putri Qaseh Izwandy yang memegang watak sebagai Aisha.



“Saya dapati filem dihasilkan oleh anak Malaysia ini sangat menarik dari segi jalan cerita, penyampaian mesej, teknologi digunapakai dan aksinya. Aksi silat selama satu jam juga diselitkan dalam filem ini, ianya dilakukan oleh pakar dalam aksi seni silat dan senjata. Kita sebenarnya punyai bakat hingga anak kecil pun handal mendalami watak lakonan.”- kata beliau.

Dalam sebuah foto yang dimuatnaik di Facebooknya, Mahathir sempat bergurau dengan menunjukkan kemahiran bersilat kepada pelakon Megat Shahrizal. Megat memegang watak sebagai Walid dalam filem ini yang merupakan seorang guru.

Aksi lucu Tun M juga sempat dirakam oleh pengguna Instagram @ahmadfazlimohamad yang sama-sama menyaksikan pra-tonton filem.

Dalam pada itu, beliau berharap filem berkualiti seperti ini lebih banyak di hasilkan pada masa hadapan.



“Saya harap di masa hadapan akan lebih banyak filem berkualiti seperti ini dihasilkan di Malaysia. Harapan saya industri filem di Malaysia ini akan terus maju sebaris dengan filem antarabangsa.”- pesannya.

Mahathir turut meluahkan rasa bangganya apabila filem “Walid” akan berada di mata dunia dengan menyambung tayangan di London dan Uzbekistan.

“Walid” akan ditayang di seluruh Malaysia bermula 14 September 2023 nanti. Saudara Areel maklumkan filem ini akan sambung tayangan di Stratford Picturehouse, London pada 10 September 2023 untuk UK Premiere dan kemudian di Tashkent International Film Festival, Uzbekistan pada 29 September hingga 2 Oktober dan juga akan ditayangkan di ‘World Cinema Days’.

“Saya harap karya anak tempatan seperti ini mendapat sambutan dan sokongan di seluruh negara. Tahniah saya ucapkan kepada pengarah, barisan pelakon dan pasukan produksi filem Walid. Syabas dan Malaysia Boleh.”- kata sebagai penutup bicara.



Terdahulu, filem Walid mencipta kejayaan dan membawa kebanggaan kepada nama Malaysia apabila ia ditayangkan di dua lokasi pawagam di Amerika Syarikat iaitu New York dan Los Angeles pada Julai lalu. Mr

Mahathir bersilat dengan pelakon Walid (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dr. Malar naik angin ejen pelancongan cakap tak serupa bikin

Teruk sangat jalan raya kami, Tuanku (Video)

Zul Ariffin kecewakan peminat kerana melawat Al Ula

Najib to Mahathir: “Give it a rest Atok!”

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker