UMNO, sila pecat saya – Adun Rembia

UMNO, sila pecat saya – Adun Rembia

Adun Rembia Muhammad Jailani Khamis yang dihadapkan ke Lembaga Disiplin Umno kerana hadir ke program PN bulan lalu, meminta agar parti itu memecat dirinya.

Dalam jawapannya kepada surat tunjuk sebab Lembaga Disiplin kepadanya, Jailani mempertahankan kehadirannya di program tersebut dan berkata ia bukan sabotaj kepada Umno.



“Saya tidak menganggap perbuatan ini merupakan sabotaj bukan saja kepada Umno, tapi mana-mana parti sekalipun kerana saya hadir atas kapasiti pengerusi penaja NGO Muafakat Nasional Melaka.

“Saya tidak terlibat menjadi penceramah mahupun memberikan kenyataan secara umum serta mengaibkan mana-mana individu, termasuk membuat kenyataan yang menjejaskan mana-mana parti politik sekalipun sewaktu kempen di dalam dua insiden (dihadirinya) ini.

“Dengan rasa rendah diri, saya meminta Lembaga Disiplin Umno mengambil keputusan di bawah peruntukan 20.10 (D) iaitu dipecat daripada parti setelah disahkan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan bukan mana-mana hukuman lain.

“Saya tidak mahu malukan Umno, saya minta permohonan saya diterima,” katanya dalam surat itu yang dilihat Malaysiakini. Surat itu diserahkan kepada Lembaga Disiplin Umno hari ini.



Dia berkata Umno tidak perlu bimbang dengan permintaannya itu memandangkan ia tidak akan menjejaskan kedudukan kerajaan Melaka yang masih memiliki majoriti walau kehilangan satu kerusi.

Lembaga Disiplin Umno menerusi surat bertarikh 28 Ogos lalu, mengarahkan Jailani agar hadir ke prosiding pendengaran hari ini serta menjawab surat tunjuk sebab yang diberikan kepadanya.

Jailani namun tidak hadir atas masalah kesihatan dan kini menjalani rawatan di sebuah hospital di Melaka.

Surat itu juga mendakwa dia telah melakukan sabotaj terhadap Umno kerana dengan sengaja hadir pada majlis pengumuman calon PN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Simpang Jeram di Bakri, Johor pada 23 Ogos lalu. Mk



UMNO, sila pecat saya – Adun Rembia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon wanita kantoi bercium dalam kelab malam



Guru skandal dengan ibu murid sendiri

Ayda Jebat lincah menari walau hamil 7 bulan (Video)



Lelaki Iban ‘knock down’ pembuli warga asing (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker