Pas pernah pertahankan Zahid, malah Anwar pun

Pas pernah pertahankan Zahid, malah Anwar pun

Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, Pas pernah mempertahankan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika bersama dalam Muafakat Nasional (MN) dahulu.

Menurut beliau, ketika itu Pas menganggap pendakwaan terhadap Ahmad Zahid berunsur pertuduhan politik.



“Malangnya, pendirian Pas berubah-ubah apabila Pas dan UMNO tidak lagi bekerjasama dalam politik.

“Kes ini dijadikan modal oleh pimpinan tertinggi Pas untuk menuduh dan mencipta persepsi ‘dalam UMNO ada keruh’ sebagai alasan untuk meninggalkan UMNO dan bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN),” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) agar prosiding perbicaraan diberhentikan bagi kesemua pertuduhan terhadap Ahmad Zahid.



Mohd Khairuddin menambah, seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya dan ia merupakan prinsip keadilan Islam yang patut dijunjung oleh semua pihak.

Penasihat Agama Timbalan Perdana Menteri itu turut meminta semua pihak agar berhenti mencipta persepsi buruk terhadap maruah manusia.

“Hatta yang bersalah pun tidak wajar dikecam dan dihina kerana berkebarangkalian keadilan gagal ditegakkan di mahkamah sementelah rahmat Allah sentiasa luas untuk orang yang bersalah,” jelasnya.

Mohd Khairuddin juga mendakwa, segala pertuduhan yang dihadapi Ahmad Zahid sebelum ini mempunyai tujuan politik dengan matlamat menekan beliau untuk membubarkan UMNO. MG



Pas pernah pertahankan Zahid, malah Anwar pun

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Syamsul Debat bikin kecoh di pentas Sepahtu Reunion (Video)



Puteri Sarah pilih pelakon Indonesia?

Janna Nick diurut Shukri, netizen naik berbulu



‘Tangan Fasha digenggam, pinggang dirangkul ‘anak ikan’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker