Ini sebab Faizal Tahir enggan nyanyi lagu cinta

Ini sebab Faizal Tahir enggan nyanyi lagu cinta

Penyanyi Faizal Tahir enggan menyanyikan lagu berunsur cinta meskipun menyedari karya itulah yang berjaya mempopularkan namanya.

Faizal atau nama sebenarnya, Ahmad Faizal Muhammad Tahir, 45, selain faktor usia, keputusan dibuat kerana mahu menjaga perasaan isteri dan anak-anaknya yang semakin membesar.



“Sebagai anak seni, kita semua melalui fasa. Masa lagu Mahakarya Cinta pada 2008, saya banyak menyanyikan lagu cinta, jiwang. Tetapi, sekarang saya rasa lagu cinta tidak lagi sesuai.

“Saya tak rasa isteri suka kalau saya nyanyi lagu cinta. Nanti isteri akan fikir untuk siapa lagu ini.

“Kalau dahulu setiap kali keluar dengan lagu baharu saya lebih fikir soal kepuasan diri sendiri dan peminat, tetapi hari ini banyak keputusan dibuat kerana isteri dan perasaan anak-anak yang kian membesar.

“Saya mahu apa yang saya lakukan relevan kepada mereka. Saya tak nak anak-anak berfikir lagu apalah yang bapa mereka cipta ini.



“Saya ada anak-anak yang perlu saya jaga hati, tetapi tak boleh sentiasa ada bersama mereka.

“Jadi, saya harus keluarkan produk atau lagu yang bila saya tidak bersama mereka, lagu inilah akan lebih dekat dengan anak-anak.

“Disebabkan itu, lagu saya lebih ringan, santai dan mempunyai unsur nasihat supaya ia boleh beri contoh yang baik kepada anak-anak. Keluarga sayalah yang menjadi penentu kepada lagu yang bakal dihasilkan,” katanya.

Bagaimanapun, penyanyi Sampai Syurga itu berkata, syarat itu tidak termaktub kepada lagu dihasilkan untuk penyanyi lain.



“Bila saya buat lagu untuk penyanyi lain, saya rasa sedikit bebas untuk berkarya dan lebih kreatif dengan cara lain. Alhamdulillah, Allah bagi saya bakat dan kelebihan untuk hasilkan lagu saya sendiri.

“Pada masa sama, saya masih ada ruang untuk buat lagu penyanyi lain dan keluar sedikit daripada kebiasaan,” ungkap Faizal ketika ditemui pada sidang media selepas Konsert Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur di Dewan Merdeka, World Trade Centre (WTC), di sini, malam tadi.

Menerusi konsert berdurasi lebih dua jam, Faizal menyampaikan 21 lagu hit dipetik daripada lima album yang dihasilkannya iaitu Aku.Muzik.Kamu, Adrenalin, Faizal Tahir, Anatomi dan Rojak.

Antara lagu didendangkan termasuklah Bencinta, Karma, Hanyut, Cuba, Assalamualaikum, Sejati, Syahadah, Adam, Negaraku, Malaysia, Bisa Aja, Ratu, Ragaman, Fire & Water, Santai dan single terbahatru berjudul OK.



Pada malam itu, Faizal turut meluahkan rasa sebak apabila dua penyanyi hebat, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Alif Sattar sudi berduet bersamanya secara spontan menerusi segmen ‘jam session’.

Bersama Siti, Faizal menyampaikan single mereka berjudul Dirgahayu, manakala lagu Gemuruh pula menjadi pilihan untuk dinyanyikan bersama Alif yang juga sahabat yang dikenalinya sejak menyertai program realiti, One In A Million (OIAM) pada 2006.

Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur adalah konsert sulung penyanyi yang pernah mendapat jolokan ‘Superman’ ini selepas 17 tahun berada dalam belantara muzik.

Dibawakan khas oleh Allianz Malaysia Berhad, penganjuran konsert turut disokong rakan kolaborasi seperti Altus Prohouse, Faithful Music, JioSpace, World Trade Centre, Level Up dan YCG. BH



Ini sebab Faizal Tahir enggan nyanyi lagu cinta

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar



Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker