Muslihat hidupkan semula ‘Muafakat Nasional’, UMNO tidak akan makan ‘umpan’ PAS – Zahid

Umno tidak akan menjalinkan kerjasama yang bersifat “muslihat”, kata Presidennya Zahid Hamidi mengulas cadangan parti itu dan PAS kembali menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN).

Beliau berkata kerjasama itu harus datang daripada keikhlasan, bukan manipulasi dan juga beberapa tindakan tidak dialu-alukan yang penuh dengan muslihat.

“Jadi mana-mana pemimpin parti yang sangat bermuslihat saya tidak fikir kita tidak perlu ‘revisit’ hubungan itu,” katanya yang juga timbalan perdana menteri selepas menghadiri majlis makan malam bersama Duta OIC.



Mengulas keterbukaan PAS terhadap cadangan berkenaan, Zahid berkata parti itu mungkin mempunyai hasrat tersirat di sebalik sokongannya.

“Kenyataan itu bukan hanya yang tersurat tetapi mengandungi banyak matlamat tersembunyi ingin dicapai,” katanya.

Zahid mengulas gesaan veteran Umno Tajuddin Abdul Rahman yang mahu dua parti itu menghidupkan semula MN demi perjuangan agenda orang Melayu yang disifatkannya kini “terkebelakang”.

Terdahulu, FMT melaporkan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu sedia bekerjasama dengan Umno sekali lagi menerusi platform MN bagaimanapun tidak mahu ia melibatkan pemimpin Umno yang berpakat dengan DAP.



Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga percaya sebahagian besar dalaman Umno masih sayangkan MN yang digagaskan pada 2019, seperti mana pihaknya dalam PN mahukan penyatuan bersama semua parti Melayu.

Meskipun MN tidak diisytiharkan bubar, kerjasama itu dilihat tidak lagi relevan apabila PAS memilih untuk bersama Bersatu bagi menghadapi PRU15.

Keputusan itu dibuat selepas Umno mensyaratkan PAS perlu putuskan hubungan politik dengan parti serpihannya itu untuk meneruskan kerjasama.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini dah nikah?



Puteri Sarah mahu saman, ini teguran Yusof Haslam

DSV jangan takbur sangat



Guru benarkan pelajar Hindu pukul pelajar Islam di India

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker