Malu wajah tular, pengantin enggan bayar perancang perkahwinan

Keluarga sepasang pengantin baharu di Banyuasin, wilayah Sumatera Selatan menegaskan  bahawa mereka enggan melunaskan bayaran khidmat perancang perkahwinan kerana  malu dengan tindakan pemilik syarikat yang menularkan kes berkenaan, lapor laman berita TribunTrends.

Datuk pengantin perempuan yang hanya dikenali sebagai Zainal berkata, dia kecewa dengan tindakan perancang perkahwinan tersebut  mencemarkan nama baik keluarganya apabila mendedahkan wajah pengantin di media sosial.

Pasangan pengantin baharu,  Dila dan suaminya  tular kerana didakwa tidak melangsaikan bayaran majlis perkahwinan kepada Sanggar Musi Wedding berjumlah 21.7 juta rupiah (RM6,601).



“Keluarga kami mendapat malu dengan berita ini yang tular di media sosial. Justeru, kami enggan membuat bayaran. Terpulang kepada pihak perancang perkahwinan sama ada mahu melaporkannya kepada pihak berkuasa,” kata Zainal.

Isu tersebut dikatakan berlaku gara-gara salah faham, yang mana ketika pihak Sanggar Musi Wedding pergi ke rumah pengantin untuk meminta bayaran penuh, mereka tidak bertemu.

Pemilik Sanggar Musi Wedding,  Heriandi kemudian memuat naik kisah tersebut di media sosial sehingga ia menjadi tular dan keluarga Zainal menerima kecaman netizen.

Namun Heriandi berkata, dia bertindak demikian bukan kerana ingin mengaibkan keluarga tersebut, sebaliknya mahu mendapatkan maklumat mengenai keberadaan pasangan pengantin yang tidak dapat dikesan.



Tambahnya, dia tidak menolak kemungkinan untuk melaporkan perkara itu kepada polis sekiranya pasangan pengantin masih enggan membuat bayaran penuh. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ustaz Azhar Idrus hentam Abang Tesla

Jangan jolok sarang tebuan – Puteri Sarah



Termuntah tengok video Abang Tesla – Ridhuan Tee

Diana Danielle jawab isu ‘buat’ hidung



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker