Bukit Aman kini siasat Dr. Mahathir

Polis menyiasat bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad kerana disyaki membuat kenyataan cenderung menghasut bagi mendatangkan penghinaan atau perasaan tidak setia terhadap institusi diraja.

Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Mohd Khairulnizam Abdul Rani berkata Mahathir disiasat susulan kenyataannya yang disiarkan sebuah portal berita pada 6 Jun lalu.

“Kenyataan Mahathir dirakam polis pada hari ini dan turut diambil keterangan bagi membantu siasatan adalah Khairuddin Abu Hassan dan Marzuki Yahya.



“Kes ini masih diperingkat siasatan dan orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi atau berkongsi maklumat salah yang boleh mengganggu proses siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, kes itu disiasat oleh Unit Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Bukit Aman mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu peguam Mahathir, Rafique Rashid Ali berkata polis merakam keterangan pemimpin veteran itu berkaitan Proklamasi Orang Melayu.

Polis sebelum ini pernah merakam percakapan Mahathir mengenai proklamasi itu, pada Jun lalu.



Kata Rafique, rakaman berlangsung selama 30 minit di Yayasan Al Bukhary.

“Mahathir menyatakan akan menjawab semua soalan di mahkamah,” katanya dalam satu rakaman video.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini dah nikah?



Puteri Sarah mahu saman, ini teguran Yusof Haslam

DSV jangan takbur sangat



Guru benarkan pelajar Hindu pukul pelajar Islam di India

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker