Guru benarkan pelajar Hindu pukul pelajar Islam di India

Guru benarkan pelajar Hindu pukul pelajar Islam di India

Pihak berkuasa India kini sedang menyiasat video yang memaparkan seorang guru sekolah memberitahu murid-muridnya berumur 7 tahun untuk menampar rakan sekelas yang beragama Islam, lapor Yahoo News.

Di dalam video tersebut, kelihatan budak tersebut menangis selepas ditampar kerana membuat jadual masa yang salah. Video itu kini tular di media sosial, dan telah mencetuskan kecaman yang meluas.

Pemimpin pembangkang India Rahul Gandhi menyalahkan kerajaan kerana mencetuskan sikap tidak toleransi di antara agama.

“Kenapa kamu pukul dia perlahan? Pukul dia kuat,” kedengaran guru itu memberitahu kanak-kanak tersebut. “Mula pukul dia di pinggang… Muka dia merah, pukul dia di pinggang,” tambahnya.

Pihak berkuasa di India mengesahkan video itu adalah benar, dan berkata mereka akan mengambil tindakan ke atas kejadian tersebut. Bapa mangsa sudah pun membuat laporan kepada polis di daerah Muzaffarnagar, dan telah membawa anaknya keluar dari sekolah.

Kumpulan hak asasi manusia telah memberi amaran bahawa jenayah benci dan keganasan terhadap minoriti Islam yang besar di India telah meningkat sejak Perdana Menteri Narendra Modi memegang jawatan pada 2014.

Uttar Pradesh telah ditadbir oleh nasionalis Hindu, Bharatiya Janata Party (BJP) sejak 2017.

Gandhi beranggapan bahawa parti itu telah menyumbang kepada ketegangan agama yang meluas di seluruh India.

“Menyemai racun diskriminasi dalam minda kanak-kanak yang tidak berdosa, menjadikan tempat suci seperti sekolah sebagai pasar kebencian,” tulisnya di platform media sosial X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter. Vc

Guru benarkan pelajar Hindu pukul pelajar Islam di India

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Azhar Idrus hentam Abang Tesla

Jangan jolok sarang tebuan – Puteri Sarah

Termuntah tengok video Abang Tesla – Ridhuan Tee

Diana Danielle jawab isu ‘buat’ hidung

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker