Untuk menang pilihan raya, Pas setuju tukar agenda negara Islam

Untuk menang pilihan raya, Pas setuju tukar agenda negara Islam

Pas pernah bersetuju mengganti agenda negara Islam kepada negara berkebajikan dan tidak mengetengahkan isu undang-undang Hudud semasa bersama DAP dan PKR dalam gabungan Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR).

Mendedahkan perkara itu, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu yang juga bekas Timbalan Presiden Pas berkata, keputusan itu dicapai dalam perbincangan bersama Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dengan barisan kepemimpinan DAP antaranya Tan Sri Lim Kit Siang, Anthony Loke Siew Fook dan Lim Guan Eng serta Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang mewakili PKR.



Tegas beliau, DAP menolak agenda negara Islam selepas mendapati mereka gagal mengekalkan sokongan orang bukan Melayu manakala hudud dikatakan tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Ujarnya, kepemimpinan Pas hari ini perlu berhenti berbohong daripada menjaja naratif bahawa parti itu memutuskan kerjasama dengan DAP sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerana DAP menentang perjuangan negara Islam dan Hudud, sedangkan Pas pernah bersetuju untuk tidak membawa kedua-dua agenda berkenaan semata-mata ingin memenangi pilihan raya.

“Pada tahun 1999 Pas mencapai kemenangan cukup besar iaitu menang 27 kerusi Parlimen, hadirin sekalian itu kemenangan yang cukup hebat selepas berlaku reformasi.

“Tetapi DAP kalah teruk di mana Kit Siang kalah di Bukit Bendera, Karpal Singh kalah di Jelutong. Isu utama pada waktu itu adalah isu negara Islam. Sebab pengundi Tionghua tidak gemar dengan isu negara Islam. Selepas 1999 DAP keluar daripada BA dan 2004 mereka bertanding lawan dengan Barisan Nasional (BN) tidak bersama dengan BA. Hasilnya DAP menang 12 kerusi.



“Menjelang 2008 usaha untuk menggabungkan kerjasama Pas, DAP, PKR berterusan dibuat oleh berbagai pihak. DAP minta negara Islam tidak boleh disebut dan Pas bersetuju gantikan negara Islam dengan negara berkebajikan,” katanya ketika berucap di Ceramah Kelompok Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Taman Sri Kasih di sini, malam tadi.

Tambah Mohamad, sebab sebenar Pas memutuskan kerjasama dalam PR sebelum PRU14 adalah kerana bercita-cita untuk membentuk kerjasama dengan UMNO yang ketika itu merupakan kerajaan Persekutuan.

“Kita sudah dengar sudah ada gamitan UMNO ke arah mewujudkan unity government (kerajaan perpaduan). Oleh itu Muktamar Pas pada 2015 bukan melalui perbincangan yang panjang, tiba-tiba isytiharkan Pas putus hubungan dengan DAP.

“Tak timbul masalah hudud tak hudud ini kerana hudud telah dipersetujui agree to disagree, begitu juga hal negara Islam telah dipersetujui iaitu kita sebut negara kebajikan. Tapi Presiden Pas kata DAP tolak negara Islam sebab itu kita pecah dengan DAP,” jelasnya. Utusan



Untuk menang pilihan raya, Pas setuju tukar agenda negara Islam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Azhar Idrus hentam Abang Tesla



Jangan jolok sarang tebuan – Puteri Sarah

Termuntah tengok video Abang Tesla – Ridhuan Tee



Diana Danielle jawab isu ‘buat’ hidung



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker