Video ‘panas’ Zarul Imran kembali tular

Video ‘panas’ Zarul Imran kembali tular

PELAKON meningkat naik, Zarul Imran berdepan ujian terbesar hidupnya apabila sebuah video ‘sensasi’ yang dikatakan membabitkan dirinya yang pernah tersebar satu masa lalu, kini tular sekali lagi di media sosial.

Pelakon itu ketika ditemui baru-baru ini, tampil menjelaskan tentang kontroversi terbabit.



Zarul, dalam tenang, memaklumkan sudah menjangkakan video tersebut akan sekali lagi ‘dimainkan’ pihak tertentu ketika saat drama lakonannya, Budak Hostel Otaknya Sewel ditayangkan dan popular ketika ini.

“Isu ini sudah lama timbul, sejak saya menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) lagi. Ia sudah heboh dan ditularkan di media sosial.

“Biasalah, ada yang nak berkawan dan ada juga yang memusuhi kita.

“Cuma saya terkilan fitnah itu dulu berlaku ketika saya belajar di UiTM sehingga membuatkan saya berhenti pengajian kerana tertekan dengan pandangan serong orang ketika itu,” katanya.



Zarul memaklumkan dia pernah berdepan fasa yang menekan, sebelum kembali bangkit mengumpul semangat tanpa menghiraukan persepsi negatif orang terhadapnya.

“Biar orang fitnah saya. Saya buktikan saya boleh berjaya meskipun saya tak berpeluang tamatkan pengajian di UiTM.

“Saya masuk bidang lakonan, bermula kosong. Saya terus berbuat baik dan berjuang untuk hidup setiap hari.

“Hanya Tuhan sahaja tahu betapa saya sukar saya kumpul semangat yang sebelum ini, hilang.



“Sekarang pun masih ada orang yang menakut-nakutkan, kata saya tak akan berjaya jadi pelakon gara-gara video ‘panas’ tersebut.

“Saya tak takut dengan ugutan sebab saya berdepan fitnah yang dahsyat. Saya persetankan kata-kata orang dan terus berjuang. Alhamdulillah, Allah buka rezeki untuk saya dengan hadirkan tawaran-tawaran lakonan termasuk membintangi drama Budak Hostel Otaknya Sewel,” katanya lagi.

CUBA DIJATUHKAN

Zarul tidak menolak kemungkinan timbulnya semula kontroversi video sensasi itu didalangi pihak-pihak berniat jahat yang tidak senang melihat kemajuannya dalam bidang seni.



Bagaimanapun, pelakon muda ini sudah bersedia mental dan fizikal dalam berdepan apa sahaja kemungkinan, termasuk cubaan untuk menjatuhkannya.

“Saya fikir semasak-masanya dan memang sudah awal menjangkakan video itu akan dihebohkan dan disebarkan semula, lebih-lebih ketika drama lakonan saya, Budak Hostel Otaknya Sewel ditayangkan di Astro ketika ini.

“Tapi saya juga sudah lama bersedia untuk menghadapi segala kontroversi yang melanda. Dengan sokongan keluarga, saya tahu saya bersedia berdepan apa sahaja kemungkinan,” jelasnya.

KELUARGA PUNCA KEKUATAN



Fitnah yang melanda pelakon yang kini menetap di Kuala Lumpur ini bukan sahaja menjejaskan imejnya, malah nama baik keluarganya.

Namun Zarul bersyukur kerana dalam berdepan fasa paling mencabar dalam hidupnya, Tuhan kirimkan keluarga sebagai sumber kekuatan.

“Saya terharu, sebab keluarga, lebih-lebih lagi ibu saya sentiasa beri saya kekuatan agar saya tidak patah semangat.

“Bila video itu tersebar, keluarga saya juga antara yang paling terkesan. Tetapi mereka jugalah yang paling kuat memberi sokongan di belakang saya.



“Ibu dan ayah ingatkan saya bahawa ini lumrah hidup. Ada orang yang akan cuba menjatuhkan dengan apa cara sekalipun apabila melihat orang lain berjaya,” ujarnya. Utusan

Video ‘panas’ Zarul Imran kembali tular

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Azhar Idrus hentam Abang Tesla

Jangan jolok sarang tebuan – Puteri Sarah

Termuntah tengok video Abang Tesla – Ridhuan Tee

Diana Danielle jawab isu ‘buat’ hidung

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker