Dibelasah lima lelaki selepas terlibat kemalangan

Dibelasah lima lelaki selepas terlibat kemalangan

SHAH ALAM – Seorang lelaki dipercayai ahli perniagaan dipukul lima samseng jalanan selepas berlaku kemalangan antara mereka di Persiaran Anggerik Mokara, Kota Kemuning di sini, kelmarin.

Kejadian dikatakan berlaku pukul 7.33 pagi mengakibatkan mangsa berusia 43 tahun cedera di mata kiri, pipi, leher, dada dan telinga. Mangsa kini dilaporkan stabil dengan dirawat di sebuah hospital swasta.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, sepasukan polis kemudiannya dihantar ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat daripada orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut.

Katanya, polis berjaya menahan salah seorang daripada suspek yang merupakan lelaki berusia 27 tahun selain merampas sebilah parang di dalam kereta jenis Perodua Axia dinaiki suspek.

“Siasatan awal mendapati punca utama kejadian disebabkan rasa tidak puas hati suspek terhadap mangsa yang melarikan diri selepas melanggar kereta mereka di Persiaran Eco Santuary, Telok Panglima Garang dekat sini.

“Usaha mengesan dan menangkap empat lagi suspek yang masih bebas sedang giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, suspek lelaki yang berjaya ditangkap itu kini direman selama empat hari dengan kes disiasat mengikut Seksyen 147/279 Kanun Keseksaan.

“Justeru, mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohamad Zulkifli Mohamad ditalian 03-55202222,” katanya. K Online

Dibelasah lima lelaki selepas terlibat kemalangan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini dah nikah?

Puteri Sarah mahu saman, ini teguran Yusof Haslam

DSV jangan takbur sangat

Guru benarkan pelajar Hindu pukul pelajar Islam di India

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker