DAP kena gugurkan agenda Negara Sekular, slogan Malaysian Malaysia – Nur Jazlan

DAP kena gugurkan agenda Negara Sekular, slogan Malaysian Malaysia – Nur Jazlan

Semua pihak dalam gabungan Kerajaan Perpaduan terutama DAP, mesti berubah menjadi parti yang lebih sederhana, jika mahu diterima orang Melayu negara ini.

Sehubungan itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed, menyarankan supaya DAP menggugurkan agenda Negara Sekular dan slogan Malaysian Malaysia dalam perlembagaan parti berkenaan.



Katanya, tiada cara lain untuk meyakinkan orang Melayu bahawa DAP hari ini sudah berbeza dari sebelumnya, selain daripada parti itu meminda Perlembagaan parti berkenaan sekali gus menggugurkan dua elemen berkenaan.

Beliau berkata, dua agenda itulah yang terus menjadi trauma kepada orang Melayu dan membuatkan mereka tidak boleh menerima perjuangan DAP.

“Orang Melayu sejak puluhan tahun lalu masih trauma dan tidak noleh menerima sentimen Negara Sekular dan Malaysia Malaysian yang diperjuangkan oleh DAP.

“Bila saya bersembang dengan pengundi Melayu di Selangor (ketika PRN lepas) dan Johor (ketika berkempen), majoriti mereka cakap masih tak boleh nak terima dengan mudah cara politik DAP yang bagi mereka masih terikat dengan tanggapan parti itu adalah parti totok orang Cina.



“Bila saya tanya kenapa selama ini orang Melayu boleh terima MCA dalam BN, mereka (orang Melayu) kata MCA tak ekstrim dan UMNO jadi parti dominan dalam gabungan itu.

“Berbeza dengan DAP, mereka kata tak boleh terima agenda sekular dalam parti itu sebab memang bertentangan sama sekali dengan syariat Islam dan Melayu. Jadi sebab itulah orang Melayu macam letak batu sempadan besar nak terima atau sokong DAP walaupun sudah bekerjasama dengan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Nur Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai menimbulkan persoalan sama ada DAP berani membuat pengorbanan besar itu demi kelangsungan politik mereka.

“Jika DAP masih was-was untuk lakukan perubahan besar seperti mana pengorbanan yang UMNO sanggup buat hari ini dengan menyertai kerajaan Perpaduan, saya jangkakan DAP akan terus dipulau oleh pengundi Melayu.



“UMNO juga akan terus ditolak orang Melayu selagi kami bekerjasama dengan DAP. Satu lagi situasi besar yang perlu DAP hadapi ialah gelombang sokongan orang Melayu terhadap Pas akan jadi lebih kuat pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dan masa depan.

“Jadi kita akan lihat keadaan politik yang ekstrim di mana orang Cina akan terus sokong DAP sebagai parti mereka dan orang Melayu akan beralih kepada Perikatan Nasional (PN) dan PAS sebagai parti mereka,” katanya.

Beliau berkata, ketika ini orang Melayu hanya mempunyai dua pilihan sama ada beralih sokongan secara total kepada PN dan PAS atau menerima kembali UMNO sebagai wadah perjuangan mereka.

“Sebab itulah semua pihak termasuk DAP juga perlu bantu untuk pulihkan UMNO semula dan kembali menjadi parti utama di negara seperti sebelum tahun 2018,” katanya. BH



DAP kena gugurkan agenda Negara Sekular, slogan Malaysian Malaysia – Nur Jazlan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini dah nikah?



Puteri Sarah mahu saman, ini teguran Yusof Haslam

DSV jangan takbur sangat



Guru benarkan pelajar Hindu pukul pelajar Islam di India

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker