Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Mendakwa tidak pernah mengganggu pasangan berpacaran, Neera Azizi terkejut apabila namanya dikaitkan sebagai ‘orang ketiga’ dalam hubungan pelakon, Nafiez Zaidi dan Fify Azmi.

Gosip itu makin hangat diperkatakan apabila Neera dan Nafiez beriringan hadir ke malam gala filem Malbatt: Misi Bakara di ibu negara, baru-baru ini.



Tambah musykil, pada majlis itu, Neera dan Nafiez dikatakan saling memaut lengan seolah-olah menunjukkan kemesraan mereka seperti pasangan bercinta.

Menjelaskan perkara itu, Neera atau nama sebenar, Nurazneera Azizi, 25, mengaku sudah lama mengenali Nafiez dan hubungan jejaka itu dengan Fify sudah lama putus.

“Saya bukan ‘orang ketiga’ antara Nafiez dan Fify. Saya dan Nafiez sudah kenal lama di mana kami pernah ‘shooting’ bersama.

“Saya tidak tahu kenapa Nafiez dan Fify putus. Setahu saya, mereka memang sudah lama putus, cuma tidak dihebohkan.



“Saya hadir malam gala filem Malbatt: Misi Bakara bersama Nafiez atas dasar jemputan. Saya tidak terfikir pula orang akan fitnah sebagai ‘orang ketiga’ atau ‘penyondol’ kerana bukan seperti disangka. Kami hadir sebagai kawan,” katanya.

Namun, andai tiada angin, masakan pokok bergoyang. Justeru, Neera menganggap foto dimuat naik bersama Nafiez membuatkan peminat menyangka ada sesuatu di sebalik persahabatan mereka.

“Itu yang membuatkan orang tampil dengan spekulasi Nafiey dan Fify putus disebabkan saya. Ia hanya gambar. Bagi saya, itu adalah hantaran ‘friendly’ yang tidak bermaksud apa-apa.

“Orang yang salah tafsir gambar foto itu,” katanya.



Ditanya apakah dakwaan ‘penyondol’ timbul berikutan status dirinya yang masih solo, Neera hanya mampu tertawa.

“Itu saya tiada komen. Saya jenis orang yang tidak mendedahkan kalau saya jalin hubungan. Jadi, orang tidak tahu dan apabila saya muat naik foto dengan lelaki, orang ramai terus ingat dia teman lelaki saya,” katanya.

Bagaimanapun, tegas Neera, dia tidak selesa terus dikaitkan sebagai ‘orang ketiga’ atau ‘penyondol’. Baginya, gelaran itu mampu memberi kesan kepada karier seninya.

“Saya tidak selesa sebab ada yang hantar Direct Message (DM) kepada saya. Pengirim dakwa patutlah saya selalu bawa watak ‘penyondol’ atau perampas dalam drama. Dia kata, rupanya, dalam realiti pun perampas.



“Dalam drama, saya jayakan karakter. Jadi, usah samakan drama dan realiti. Sesiapa yang rapat dengan saya tahu diri ini.

“Saya pelik, benda yang tidak seronok seperti ini, cepat saja orang ‘tangkap’. Kalau soal karier, lambat. Mungkin disebabkan industri hiburan sedang hangat dengan kes ‘orang ketiga’, jadi, apabila keluar topik begini, terus semua ‘tangkap’.

“Kebetulan, ramai tidak tahu Nafiez dan Fify sudah lama putus. Setahu saya, ketika Hari Raya atau bulan puasa yang lalu… Itu saya tidak pasti,” katanya yang menjayakan watak perampas menerusi drama Bukan Cinta Sempurna yang sedang ditayangkan Astro Ria.

Terdahulu, Nafiez pernah membuat pendedahan hubungan dengan Fify sudah berakhir.



Namun, Fify dilaporkan enggan menyalahkan mana-mana pihak termasuk dirinya mengenai perpisahan dengan Nafiez, selain percaya dengan takdir diatur Tuhan.

Neera mula dikenali menerusi drama Miss Kapten Cikgu Waiz dan Suri Hati Mr Pilot.

Neera pernah tampil sebagai model dalam muzik video Datuk Seri Siti Nurhaliza dan merakamkan single bergenre pop jazz, Rasa Hati ciptaan komposer B-Heart. Neera juga pernah berkhidmat sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan selama setahun. BH

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini dah nikah?

Puteri Sarah mahu saman, ini teguran Yusof Haslam

DSV jangan takbur sangat

Guru benarkan pelajar Hindu pukul pelajar Islam di India

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker