Saya bukan malaikat – Hana Ismail

Ini satu penganiayaan, kezaliman terhadap saya

Saya bukan malaikat – Hana Ismail

“Saya bukan malaikat. Tidak dinafikan memang saya mengalami fasa kesedihan dan kekecewaan. Saya masih dalam proses pantang ketika itu.”

Demikian luahan pengacara, Hana Ismail yang mengakui terlalu terkesan dengan fitnah keguguran akibat kifarah rogol suaminya, Da’i Syed yang dimuat naik seorang wanita baru-baru ini.



Kongsi Hana, biarpun dia sudah bersedia untuk berdepan ujian berkaitan dakwaan rogol sebelum menikahi suaminya, namun dia kesal apabila si pelaku menggunakan keguguran anak untuk ‘menyerang’ mereka.

“Sejujurnya, saya tidak kisah jika dia bercakap soal saya atau suami. Saat saya bersetuju untuk berkahwin, saya memang bersedia dengan kemungkinan isu berbangkit seperti ini.

“Namun, waktu diambil oleh si pelaku untuk memuat naik video adalah kurang tepat lagi-lagi saya berada dalam fasa pemulihan. Dalam tempoh berpantang, dia sebarkan fitnah tersebut.

“Mungkin secara fizikal memang nampak saya okey, tetapi saya masih lagi dalam fasa penyembuhan untuk emosi dan mental,” katanya.



Terdahulu, pendakwah selebriti, Da’i Syed akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dua individu yang menyebarkan fitnah terhadap dirinya terutama selepas dakwaan tersebut dikaitkan dengan keguguran kandungan isterinya.

Nurul Atika yang mendakwa sebagai mangsa perkosa kepada pendakwah tersebut mengaitkan kehilangan anak dalam kandungan isteri pendakwah tersebut adalah kifarah atas perbuatan terkutuknya.

Untuk info, Da’i Syed pada 10 Disember 2020 berdepan tuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap wanita berumur 22 tahun (ketika itu) dan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud untuk mencabul kehormatan.

Bagaimanapun, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melepas dan membebaskan Syed daripada pertuduhan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap pendakwah selebriti itu pada akhir kes pendakwaan.



Dalam menempuhi waktu sukar itu, Hana bagaimanapun bersyukur diberi sistem sokongan yang baik apatah lagi ketika itu, emosi dan perasaannya ibarat luka yang memedihkan.

“Memang sedih kerana ketika fitnah itu tersebar, saya masih dalam proses pantang. Kurang sebulan saya kehilangan anak Naluri ibu sudah ada. Saya jadi rindu untuk hamil. Ditambah dengan situasi seperti ini banyak menganggu.

“Tetapi Allah itu Maha Besar kan. Alhamdulillah ada suami, umi, abah, dan keluarga mertua yang memberikan sokongan. Orang ramai juga yang banyak mendoakan saya,” jelasnya.

Sementara itu, Hana juga menasihatkan pengguna media sosial untuk menyelidik terlebih dahulu sesuatu dakwaan sebelum melakukan andaian atau menyebarkan lebih fitnah supaya tidak menyakitkan hati mana-mana pihak.



“Ini satu penganiyaan dan kezaliman ke atas saya. Ini kira ujian buat suami, saya, si pelaku dan orang yang menonton video tersebut. Cuba lihat kepada kedua-dua pihak sebelum terus menyerang dan memberikan reaksi tidak wajar.

“Saya seru kepada orang ramai untuk bertabayyun (menyemak asas kebenaran) kerana reaksi anda sedikit sebanyak memberikan impak kepada saya dan suami serta ahli keluarga kami,” ujarnya lagi.

Untuk info, Hana dan Syed mendirikan rumah tangga pada 3 Disember lalu dengan sekali lafaz di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur. Utusan

Saya bukan malaikat – Hana Ismail



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini dah nikah?



Puteri Sarah mahu saman, ini teguran Yusof Haslam

DSV jangan takbur sangat

Guru benarkan pelajar Hindu pukul pelajar Islam di India

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker