Presiden FAM minta Faisal Halim lupakan bola sepak seketika

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Hamidin Mohd Amin

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Hamidin Mohd Amin menasihatkan Faisal Halim yang disimbah asid, hari ini, ‘melupakan seketika’ kancah bola sepak negara.

Katanya, beliau memberitahu Faisal yang juga pemain Harimau Malaya dan Selangor FC berehat dalam tempoh beberapa bulan mendatang.

“Kondisi dia cukup saya katakan menyedihkan tapi saya berharap Faisal, isteri dan keluarga akan tabah akan dugaan ini. Bahagian kaki dia nampak ok tiada apa-apa. Bahagian tangan kiri badan belah kiri rusuk dan bahu yang cedera.

“Saya katakan kepada dia agar melupakan seketika bola sepak dalam tempoh beberapa bulan yang mendatang untuk dia sembuh sepenuhnya daripada asid yang terkena badannya,” katanya kepada Berita Harian selepas melawat Faisal di hospital.



Dalam pada itu, Hamidin juga menyeru kepada semua pemain bola sepak Malaysia sentiasa menjaga diri agar perkara buruk itu tidak berulang.

Faisal Halim disimbah asid, menteri kecam keganasan terhadap atlet

Insiden malang menimpa Faisal adalah kedua melibatkan pemain Harimau Malaya, dengan pada Khamis lalu pemain sayap negara yang juga pemain Terengganu FC, Akhyar Rashid, menjadi mangsa samun.



Akhyar dilapor cedera di kepala dan kaki selepas diserang dua penyamun.

Sementara itu, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor Najwan Halimi mengesahkan Faisal mengalami kelecuran tahap dua.

Bernama melaporkan, penjaring Gol Tercantik Piala Asia itu yang kini dirawat di sebuah hospital dekat Shah Alam lecur pada beberapa bahagian tubuh iaitu pada sekitar leher, bahu, lengan, dan dada.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)



108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka

Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia



Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker