Calon Kerajaan Perpaduan luang masa santuni waris mangsa lemas

Calon Perpaduan, Pang Sock Tao (kiri) hadir seketika berjumpa dengan ahli keluarga manga lemas di Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu hari ini. – BERNAMA

HULU SELANGOR: Dalam kesibukan berkempen, dua calon yang bersaing bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) hari ini sempat meluangkan masa menziarahi keluarga mangsa lemas Sungai Balak, Batang Kali di Hospital Kuala Kubu Baharu, di sini.

Calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao, bergegas ke hospital berkenaan selepas menerima berita sedih itu yang mengorbankan seorang bapa bersama dua anaknya berusia enam dan sembilan tahun.

Beliau yang tiba kira-kira jam 4.55 petang, meluangkan masa sekitar 15 minit bertemu isteri mangsa, Azimah Azahar, 38.

Sock Tao, 31, dalam catatan menerusi Facebook berharap Azimah tabah menghadapi dugaan atas pemergian suami dan dua anaknya.



“Pihak saya akan membantu meringankan beban keluarga seberapa mampu yang boleh. Semoga roh mereka yang pergi dicucuri rahmat Tuhan,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)

108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka



Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia

Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker