Serangan terhadap Faisal Halim dan Akhyar Rashid, polis kini serius kenal pasti motif

Siasatan polis berhubung dua kes serangan terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim dan Akhyar Rashid, sedang dijalankan dari semua sudut serta aspek bagi mengenal pasti motif utama kejadian.

Meskipun kedua-dua kes itu berlaku dalam jarak masa yang dekat, polis tidak menolak kemungkinan ia tiada saling berkaitan tetapi siasatan lanjut masih giat diteruskan.

Sumber Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman memaklumkan buat masa ini, tumpuan polis adalah merakam dan meneliti keterangan kedua-dua mangsa bagi mengenal pasti motif kejadian.



“Pada masa ini, keterangan kedua-dua mereka (Faisal dan Akhyar) serta saksi kejadian amat penting dalam memudahkan siasatan polis, selain saksi-saksi lain yang berkemungkinan dapat berkongsi maklumat dengan pegawai penyiasat kedua-dua kes terbabit.

“Namun, apa yang boleh dinyatakan ialah siasatan masih berada pada peringkat awal dan usaha ketika ini lebih kepada mencari motif serta pelaku kes berkenaan,” katanya kepada BH.

Sumber itu sekali gus meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kedua-dua kejadian yang menimpa Faisal dan Akhyar.

“Tindakan menyebarkan sebarang spekulasi tidak tepat boleh mengganggu siasatan yang dijalankan,” katanya.



Terdahulu, media melaporkan Faisal yang juga pemain Selangor FC, mengalami kecederaan di bahagian lengan dan badan selepas diserang individu tidak dikenali dengan menggunakan bahan dipercayai asid.

Penjaring Gol Tercantik Piala Asia itu dikatakan diserang ketika berada di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara, Petaling Jaya, sebelum polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 5.52 petang tadi.

Sementara itu pada Khamis lalu, Akhyar yang juga pemain Terengganu FC, dilaporkan diserang sebelum disamun di Kuala Terengganu, Terengganu.

Beliau dikatakan dipukul menggunakan senjata tumpul di bahagian kepala sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan.



Difahamkan, suspek turut melarikan telefon bimbit dan dompet pemain itu dalam kejadian berkenaan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)

108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka



Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia

Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker