Sultan Selangor & TMJ kecam serangan terhadap pemain bola sepak,

Sultan Sharafuddin Idris Shah mengecam serangan terhadap pemain Selangor FC, Faisal Halim, yang disimbah asid petang tadi.

Sultan Selangor selaku penaung kelab bola sepak itu menganggap kejadian itu sebagai melampau kerana melibatkan nyawa.

Sultan Sharafuddin dan pengerusi Selangor FC, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, mahu kejadian itu disiasat ke akar umbi sehingga pelakunya dapat ditangkap dengan segera.



“Baginda… mahu siasatan turut merangkumi kemungkinan sekiranya ada melibatkan kegiatan kumpulan yang berniat jahat atau keingkaran awam seperti samseng bola sepak atau hooliganisme,” katanya dalam kenyataan, di FB Pejabat DYMM Sultan Selangor.

“Baginda khuatir jika insiden seperti ini tidak dibanteras segera, ia akan terus melarat sehingga boleh mengundang perkara lebih buruk pada masa akan datang.”

Sementara itu, Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim turut mengecam gangguan oleh individu tidak bertanggungjawab terhadap keselamatan dan kesejahteraan Faisal, dan pemain Terengganu, Akhyar Rashid.

“Saya berharap agar polis segera menyiasat kes-kes tersebut dan mengambil tindakan yang sewajarnya,” kata pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim itu, di FB Johor Southern Tigers.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)



108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka

Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia



Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker