Anggota polis bantuan ditemui maut dengan kesan tembakan dalam ruang rehat KKIA

Seorang anggota polis bantuan ditemui maut dengan satu kesan tembakan di kepala dalam ruang rehat di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pagi tadi

Seorang anggota polis bantuan ditemui maut dengan satu kesan tembakan di kepala dalam ruang rehat di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mangsa lelaki berumur 42 tahun berkenaan ditemui rakan sekerjanya dalam keadaan terlantar di kerusi rehat dengan berlumuran darah.

Difahamkan mangsa ketika ditemui masih bernyawa, namun pasukan perubatan dari Hospital Queen Elizabeth (HQE) yang tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 10 pagi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu turut berada di lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut.



Turut berada di lokasi kejadian Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Khas (D9) IPK Sabah, Superintendan Alhusin Halil.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Senior Asisten Komisioner (SAC) Azmi Abd Rahim mengesahkan kejadian berkenaan.

“Mangsa dibawa ke Unit Forensik HQE I untuk tindakan lanjut. Kes mengenai kejadian itu masih dalam siasatan polis,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini dah nikah?



Puteri Sarah mahu saman, ini teguran Yusof Haslam

DSV jangan takbur sangat



Guru benarkan pelajar Hindu pukul pelajar Islam di India

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker