Intan Najuwa kahwin kerana duit?

Intan Najuwa kahwin kerana duit?

Pelakon kecil molek yang baru sahaja bergelar isteri, Intan Najuwa tidak menolak bahawa dia menerima banyak komen-komen berbaur tuduhan yang menuduhnya berkahwin hanya kerana harta.

Kata Intan, takdir Allah yang menentukan siapakah pasangan hidupnya sama ada ahli perniagaan, lelaki bergelar Datuk atau sebagainya.



Saya baca komen-komen di media sosial tu. Ada orang cakap saya kahwin sebab duit, ini sangat normal bagi saya sebab orang akan sentiasa cakap, tapi yang lalui kehidupan itu adalah saya sendiri.
Ujarnya lagi, susah senang hidupnya dilalui sendiri dan segalanya hanya boleh dirancang tetapi akhirnya, hanya takdir Allah yang menentukan.

Kita memang boleh merancang, tapi jodoh, pertemuan dan maut tetapi di tangan Tuhan. Kita bukan boleh paksa siapa jodoh kita sebab paksa macam mana sekalipun, yang tentukan Allah jua.

Apabila kita buat baik orang tetap bercakap, kalau buat yang tak baik, lagilah orang bercakap.
Terdahulu, Intan Najuwa telah selamat bergelar isteri kepada seorang lelaki bergelar Datuk dan usahawan iaitu Ahmad Asraf Azman pada 18 ogos lalu.

Azman dilaporkan telah menyerahkan mas kahwin bernilai RM20,000 manakala hantaran sebanyak RM222,0000.



Berikutan itu, ada sesetengah netizen menyifatkan Intan memilih untuk bernikah dengan Azman disebabkan status sosial jejaka itu yang bergelar Hartawan.

Intan Najuwa kahwin kerana duit?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rita Rudaini dah nikah?

Puteri Sarah mahu saman, ini teguran Yusof Haslam



DSV jangan takbur sangat

Guru benarkan pelajar Hindu pukul pelajar Islam di India



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker