Menteri Kewangan dedah komplot Tommy Thomas dan Mahathir [Video]

1MDB: Zafrul dedah bekas AG, Tun M cakap tak serupa bikin

 

KUALA LUMPUR- Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz hari ini mendedahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhasrat untuk membuat penyelesaian luar mahkamah berhubung hutang 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) kepada Goldman Sachs.

Menurut beliau, terdapat sepucuk surat bertarikh 11 Februari 2020 daripada bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengatakan bank pelaburan antarabangsa itu bersetuju untuk menaikkan tawaran mereka kepada AS$1.75 bilion.

Jumlah itu menurut surat berkenaan adalah merangkumi cukai sebanyak AS$164 juta dan pulangan fi sebanyak AS$567 juta yang telah diterima oleh Goldman Sachs.



“Ini bercanggah dengan kenyataan beliau yang kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak harus menerima penyelesaian luar mahkamah.

“Jadi untuk menjawab soalan YB Pontian (Datuk Ahmad Maslan), dalam tempoh yang sama, Tan Sri Tommy Thomas masih mencari jalan untuk melakukan penyelesaian luar mahkamah.

“Maka beliau tidak boleh meminta kita untuk melakukan sesuatu yang beliau sendiri mahu lakukan sebelum ini,” katanya semasa sesi penggulungan titah diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu Ahmad Maslan (BN) mencelah dengan bertanya apakah bekas Peguam Negara dan bekas Perdana Menteri itu menipu selama ini.



Menurut Zafrul, rekod menunjukkan pada 13 Disember 2019, kerajaan telah menawarkan penyelesaian sebanyak AS$4 bilion kepada Goldman Sachs.

MalaysiaGazzete

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker