Ayu Puteh jadi lumpuh sementara

Ayu Puteh jadi lumpuh sementara

Penyanyi dan pelakon, Wanna Ali berkongsi pengalaman mencemaskan apabila ibunya yang juga penerbit, Datuk Ayu Puteh rebah dan berada dalam keadaan lumpuh selama 40 minit di kediamannya pada Khamis lalu.

Menerusi hantaran dimuat naik dalam Instagram Story (IGs), Wanna atau nama sebenarnya, Nur Syazwana Mohd Ali, 25, menyifatkan insiden yang menimpa ibunya sebagai satu pengalaman ngeri buatnya.



“Ini adalah pengalaman paling ngeri buat saya. Mama saya rebah ketika saya tiada di rumah. Sebaik sahaja mendapat panggilan, saya pandu kereta macam orang gila balik rumah.

“Dalam perjalanan pulang, abang hubungi ambulans untuk bawa mama ke hospital. Sampai di hospital barulah mama boleh memberikan respon. Badannya lumpuh sekurang-kurangnya dalam tempoh 40 minit, tetapi masih boleh mendengar,” tulisnya.

Melalui perkongsian sama, pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa ini turut memaklumkan keadaan ibunya itu disebabkan jangkitan Influenza A.

“Doktor sahkan mama dijangkiti Influenza A, selain mengalami tekanan dan ‘over thinking’ hingga mengakibatkan dia rebah.



“Terima kasih kepada semua pihak yang menghubungi saya untuk bertanyakan perkembangan terkini mama. Buat masa ini, mama masih lagi dirawat di hospital. Doakan semoga mama saya cepat sembuh,” ungkap Wanna.

Sementara itu, Wanna berkata, keadaan ibunya masih lemah dan sudah tiga hari menjalani rawatan di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya.

“Mama alami serangan ‘anxiety’ kerana terlalu banyak berfikir mengenai masalah kerja dan hal-hal pejabat. Keadaannya memberi tekanan melampau kepadanya hingga mengakibatkan pengsan.

“Buat masa ini, keadaan mama masih belum nak berapa stabil dan lemah. Sudah tiga hari dirawat di wad pengasingan kerana penyakitnya dalam kategori penyakit berjangkit.



“Walaupun tidak dibenarkan, tetapi saya datang juga melawatnya walaupun hanya lima minit semata-mata untuk melihatnya dan tidak mahu mama berasa sunyi.

“Tetapi, saya jagalah juga penjarakan sosial dan mengenakan pelitup muka sebagai langkah keselamatan,” cerita Wanna. BH

Ayu Puteh jadi lumpuh sementara

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta



Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker