‘Tangan Fasha digenggam, pinggang dirangkul ‘anak ikan’

Afieq mendapatkan keizinan Aidil Aziz untuk menjayakan babak berpegangan tangan termasuk merangkul pinggang dan bahu Fasha dalam drama Rampas Cintaku 2

Kemesraan ditonjolkan Afieq Shazwan bersama Fasha Sandha pada penggambaran drama rantaian, Rampas Cintaku 2 sekali lagi mengundang pelbagai reaksi netizen, malah, menjadi bahan kecaman.

Afieq, 26, tidak menyangka klip video dan foto babak mesra bersama Fasha yang dimuat naik di Instagram (IG), baru-baru ini, menjadi bualan ramai, apatah lagi, hanya sedikit daripada adegan itu, dipaparkan.

Afieq atau nama sebenar, Mohammad Shafieq Shazwan Zamros berkata, apa yang dilakukan semata-mata atas tuntutan sebagai pelakon.

“Pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang kecam, puji dan sebagainya. Tetapi, saya anggap itu atas sebab kerja sahaja. Saya fikir tidak ada negatif atau positif, saya di tengah-tengah.



“Apa yang saya buat hanyalah di hadapan kamera. Kemesraan yang ditunjuk bersama Fasha hanya berlaku ketika penggambaran drama itu sahaja.

“Bagi saya, lebih baik adegan itu berlaku ketika penggambaran di mana orang ramai boleh tengok, daripada kami bermesra di belakang kamera,” katanya kepada BH Online.

Afieq yang juga bekas peserta program realiti, Idola Kecil pada 2008 itu berkata, dia mendapatkan keizinan suami Fasha, iaitu pelakon, Aidil Aziz untuk menjayakan babak berpegangan tangan termasuk merangkul pinggang dan bahu wanita itu.

“Suami Fasha pantau perkara seperti ini, lebih-lebih lagi ketika penggambaran. Mungkin disebabkan drama ini sudah berjaya pada musim pertama dan Aidil turut terbabit, jadi, dia sudah faham.



“Aidil juga faham mengenai jalan cerita drama ini dan apa yang saya lakukan semata-mata lakonan,” katanya.

Afieq yang juga penyanyi dan pengacara menjelaskan, dia dan Fasha perlu menjadi lebih mesra berikutan dalam musim baharu, mereka sudah bergelar suami isteri.

“Disebabkan musim kedua ini kami sudah menjadi suami isteri, jadi ada sedikit cabaran kerana kami perlu lebih mesra.

“Ditambah pula, saya masih bujang dan perlu berlakon dengan isteri orang. Ini memberi cabaran kepada saya.



“Saya perlu mesra dengan isteri orang. Tetapi apa yang dibuat itu semuanya di atas permintaan pengarah dan syarikat produksi,” katanya.

 

Afieq tidak menyangka klip video dan foto babak mesra bersama Fasha yang dimuat naik di IG menjadi bualan ramai, apatah lagi, hanya sedikit daripada adegan itu, dipaparkan. - Foto IG Afieq Shazwan
Afieq tidak menyangka klip video dan foto babak mesra bersama Fasha yang dimuat naik di IG menjadi bualan ramai, apatah lagi, hanya sedikit daripada adegan itu, dipaparkan. – Foto IG Afieq Shazwan

Afieq berkata, atas apa yang berlaku, dia menjadikannya sebagai pengajaran untuk tidak menjayakan babak lebih teruk atau di luar batasan.

“Sebenarnya, dalam drama ini, babak saya dengan Fasha tidaklah begitu banyak sebab mahu jaga perkara sebegini.



“Tetapi, apabila pembabitan saya makin kurang, babak memerlukan kemesraan seperti itu, jadi lagi banyak.

“Saya rasa mungkin selepas ini akan lebih sensitif dengan tidak terlalu cenderung untuk menjayakan babak seperti itu.

“Namun, kali ini, saya perlu penuhi tuntutan kerja yang sudah dipersetujui. Kalau selepas ini ada lagi drama atau filem yang perlu lakukan babak di luar batasan, saya akan kawal,” katanya.

Pada musim pertama, Afieq membawa watak Rizal yang juga ‘anak ikan’ atau ‘sugar baby’ kepada Datin Safieya lakonan Fasha.



Mula bergiat aktif dalam bidang seni dengan memegang watak Tun Dr Mahathir Mohamad ketika kecil pada Teater Tun Mahathir 1 dan 2 berganding dengan Erra Fazira, Zizan Nin dan ramai lagi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker