Ayda Jebat lincah menari walau hamil 7 bulan (Video)

Ayda Jebat lincah menari walau hamil 7 bulan (Video)

Aksi pelakon, Ayda Jebat sewaktu melakukan persembahan di atas pentas Absolut Fest 2023 baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai.

Ia kerana Ayda yang sering sarat hamil tujuh bulan itu kelihatan sangat lincah sewaktu membuat persembahan untuk penonton yang hadir.



Dapat dilihat dalam video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di TikTok, Ayda sakan menari ketika menyanyi lagu Temberang, Nakal Nakal Nakal serta lagu K-pop popular nyanyi Psy, Gangnam Style.

Kerana terlalu lincah menari di atas pentas tanpa menghiraukan perut yang sudah besar itu, ramai netizen berasa risau sekiranya berlaku perkara tidak diingini sewaktu membuat persembahan.

Bahkan, ada juga yang menegur cara pemakaian Ayda yang kelihatan tidak senonoh untuk seorang ibu mengandung.

Sekadar info, Ayda Jebat dan pengacara, Nabil Mahir telah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan mereka dikurniakan anak sulung perempuan bernama Ana Nayla, 2.



Ayda Jebat lincah menari walau hamil 7 bulan (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Syamsul Debat bikin kecoh di pentas Sepahtu Reunion (Video)



Puteri Sarah pilih pelakon Indonesia?

Janna Nick diurut Shukri, netizen naik berbulu



‘Tangan Fasha digenggam, pinggang dirangkul ‘anak ikan’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker