Orang tahu ke saya bertaubat setiap malam? – Zainal Abidin

KUALA LUMPUR – Penyanyi Datuk Zainal Abidin menyelar sikap segelintir peminat fanatik selebriti tanah air yang disifatkan sebagai biadab terutama ketika menulis sebarang komen dalam media sosial.

Zainal atau nama penuhnya Zainal Abidin Mohamed, 64, berkata, setiap komen harus ditulis dengan cara berhemah dan bukannya menghentam individu lain secara kurang ajar.

“Biadab! Mereka selalunya muat naik dulu kemudian baru hendak berfikir. Cubalah fikir dahulu, baru kongsi.



“Kalau mereka nasihat dan tegur baik-baik, saya akan terima tetapi saya pula dihentam sehingga dipanggil sebagai orang tua nak mati dan kubur sudah panggil.

“Janganlah guna bahasa kasar sebegitu. Daripada saya nak dengar nasihat, terus berubah jadi benci,” katanya kepada Kosmo! Online selepas sidang media konsert Zainal Abidin Tiba Masa di sini, hari ini.

Pelantun lagu Hijau itu turut menasihat golongan peminat yang taksub dengan artis kesayangan mereka agar menjaga adab dalam menulis setiap komen dan tidak menggores hati mana-mana pihak.

“Kita orang melayu, beragama Islam yang ada adab, akhlak dan adat.



“Meskipun orang itu berstatus ustaz sekalipun, kalau tiada adab yang baik, saya tetap tak dapat terrima nasihatnya.

“Saya okey kalau nak kutuk mengenai pemakaian rantai tetapi orang tahu ke saya bertaubat setiap malam?” ujarnya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Syamsul Debat bikin kecoh di pentas Sepahtu Reunion (Video)

Puteri Sarah pilih pelakon Indonesia?



Janna Nick diurut Shukri, netizen naik berbulu

‘Tangan Fasha digenggam, pinggang dirangkul ‘anak ikan’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker