Mahkamah lepaskan Zahid, sama macam pembebasan Muhyiddin – Saifuddin

Mahkamah lepaskan Zahid, sama macam pembebasan Muhyiddin – Saifuddin

Perintah untuk melepas tanpa membebaskan tertuduh (DNAA) yang diberikan kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berhubung kes rasuah membabitkan jutaan ringgit daripada Yayasan Akalbudi merupakan keputusan mahkamah, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin, pada sidang akhbar hari ini, berkata ia proses yang wajar di mahkamah – sama seperti bagaimana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin daripada pertuduhan salah guna kuasa pada 15 Ogos lalu.



“Keputusan dibuat mahkamah, due process. Seperti beberapa minggu lepas, mahkamah juga bebaskan presiden Bersatu Muhyiddin.

“Jadi, kalau hari ini mahkamah buat keputusan yang sama, maka itulah keputusan mahkamah.

“Saya tak mau buat andaian lebih daripada itu, jauh daripada nak menjangkakan kesan keputusan mahkamah kepada keputusan pilihan raya,” katanya selepas merasmikan Baitul Mahabbah, Jabatan Imigresen Malaysia di Kompleks Kediaman Kakitangan Awam (KKKA) KLIA di Nilai, Negeri Sembilan hari ini.

Dia menjawab soalan berhubung Zahid dilepaskan daripada kesemua 47 pertuduhan Mahkamah Tinggi dan kesannya terhadap pilihan raya kecil Pulai dan Simpang Jeram di Johor. Mk



Mahkamah lepaskan Zahid, sama macam pembebasan Muhyiddin – Saifuddin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Syamsul Debat bikin kecoh di pentas Sepahtu Reunion (Video)



Puteri Sarah pilih pelakon Indonesia?

Janna Nick diurut Shukri, netizen naik berbulu



‘Tangan Fasha digenggam, pinggang dirangkul ‘anak ikan’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker