Awak hendak saya umum apa-apa ke? – Ismail

Awak hendak saya umum apa-apa ke? – Ismail

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempat berseloroh dengan pengamal media ketika tiba di Parlimen untuk pembentangan Bajet 2023 petang ini.

“Awak hendak saya umum apa-apa ke?” tanya sambil tersenyum penuh makna.



Gurauan itu seolah-olah memberi bayangan sama ada beliau akan mengumumkan sesuatu selepas pembentangan Bajet 2023 oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Sebelum itu, Ismail Sabri dan Tengku Zafrul tiba di Parlimen pukul 3.56 petang ini bagi pembentangan Bajet 2023.

Kemunculan mereka berdua mengesahkan pembentangan Bajet 2023 diteruskan seperti dijadualkan biar pun terdapat spekulasi sejak semalam ia tidak sempat dibentangkan kerana pembubaran Parlimen.

Ismail Sabri yang segak berbaju Melayu warna biru navy dan bersamping manakala Tengku Zafrul muncul dengan baju Melayu warna biru turquoise dan juga bersamping.



Tengku Zafrul turut dilihat memegang beg sampul hitam dengan tenunan perak yang mengandungi teks ucapan Bajet 2023.

Turut sama mengiringi mereka termasuk kedua-dua Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Mohd. Shahar Abdullah dan Datuk Yamani Hafez Musa yang juga berbaju Melayu.

Ini kali ketiga Tengku Zafrul menjadi pembentang selepas membentangkan Bajet 2021 dan Bajet 2022. MG

Awak hendak saya umum apa-apa ke? – Ismail




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati



Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker