Lantikan penjawat awam baharu setara sistem pencen

Lantikan penjawat awam baharu setara sistem pencen

Kaedah lantikan baharu penjawat awam yang kini dalam fasa kajian mempunyai struktur saraan meliputi gaji, elaun dan kemudahan setara seperti diterima pegawai lantikan tetap dan berpencen sedia ada, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata, pelantikan pegawai awam baharu yang akan memasuki perkhidmatan awam juga akan dibuat secara tetap dan bercarum melalui satu tabung caruman akan ditentukan kemudian.



“Kajian ini juga mengambil kira sudut perundangan, supaya tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan hak pencen bawah Perkara 147 kepada semua pegawai awam sedia ada sekarang, yang berstatus tetap dan berpencen,” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat.

Zaliha menjawab pertanyaan Hassan Karim (PH-Pasir Gudang), sama ada keputusan kerajaan melaksanakan peraturan baharu pelantikan ke perkhidmatan awam bermula 1 Feb lalu, secara kontrak tanpa lantikan tetap, adalah bercanggah dengan Perlembagaan.

Zaliha turut menjelaskan, kaedah lantikan kontrak (interim) hanya langkah sementara bagi menunggu kaedah baru lantikan tetap pegawai perkhidmatan awam dimuktamadkan kelak.

Katanya, kerajaan juga akan memastikan kaedah lantikan baharu tidak merugikan pegawai baharu berbanding mereka yang lebih senior dalam skim perkhidmatan awam. FMT



Lantikan penjawat awam baharu setara sistem pencen

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar



Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi



Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker