Stimbot meletup, tujuh beranak menggelupur tubuh badan melecur

Stimbot meletup, tujuh beranak menggelupur tubuh badan melecur

TEMERLOH – Menggelupur dan panas kesakitan. Itu yang dialami tujuh beranak apabila dapur gas mudah alih meletup.

Kejadian pada 9 Mac lalu berlaku ketika keluarga berkenaan yang berasal dari Bera singgah untuk menikmati juadah stimbot di sebuah restoran di sini.



Noraini Abdullah,53, berkata, kejadian berlaku sekelip mata kira-kira pukul 6.45 petang ketika dia bersama suami dan empat orang anak serta seorang menantunya sedang memanggang dan merebus sup di restoran berkenaan.

“Kami sekeluarga menggelupur kesakitan dan kepanasan bukan kerana percikan air panas atau minyak panas tetapi api gas.

“Akibat kejadian kami kami terpaksa menyambut Ramadan di dalam wad dan pada masa ini kesakitan masih terasa serta terpaksa mendapat rawatan susulan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya selepas kejadian mereka dibawa ke sebuah klinik swasta berhampiran bagi mendapatkan rawatan sebelum melakukan rawatan susulan di sebuah hospital swasta di Ampang, Selangor.



Katanya, selepas dirawat di wad selama empat hari dan dirujuk kepada pakar di hospital berkenaan mereka kini terus mendapatkan rawatan susulan.

Dalam pada itu beliau menegaskan tidak akan berdiam diri dan mahukan haknya sebagai pengguna susulan kejadian berkenaan dan telah membuat laporan polis di Temerloh.

Katanya, beliau juga kesal dengan pihak restoran yang tidak mahu bertanggungjawab sebaliknya meminta mereka mengambil tindakan terhadap kedai yang menjual dapur gas mudah alih.

“Saya tanya juga kepada pemilik kedai sama ada dia ada ambil insurans dan sempoi dia jawab tiada. Jadi risiko sepatutnya siapa yang tanggung.



“Pada masa ini kami hendak membuat rawatan dahulu sehingga sembuh sepenuhnya sebelum membuat apa-apa tindakan,”ujarnya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan mengesahkan polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada 16 Mac lalu yang dikategorikan sebagai kes sivil.

“Setakat ini kita tidak jalankan siasatan dan tidak pasti jabatan lain siasat atau tidak,” ujarnya. K Online

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali mahukan anaknya dikembalikan

Chef Ammar dituduh riak



Aliff Syukri kena kecam buat konten dengan Ruhainies

Untung bersih Petronas merosot, hanya catat RM80.7 bilion pada 2023



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker