Zarina muhasabah diri digam stesen TV

Zarina muhasabah diri digam stesen TV

Pelakon Zarina Zainuddin dikenali sebagai artis berimej seksi menjadi antara pelakon yang pernah digam daripada muncul di stesen RTM.

Zarina berkata, ia adalah tempoh memberikan kesan, apatah lagi, lakonan sumber pendapatan.



“Saya pernah kena gam selama dua tahun. Saya tiada ‘job’ lakonan dengan RTM, tetapi itulah perjalanan hidup saya.

“Memang sedih bila kena gam sebab berlakon adalah periuk nasi.

“Saya sudah biasa ‘shooting’, walaupun berniaga. Saya tetap rasa nak berlakon. Rasa sedih bila orang tak bagi saya berlakon.

“Tapi, saya muhasabah diri, saya turun naik RTM buat rayuan dan sebagainya. Lama jugalah barulah saya dapat kelonggaran kembali berlakon,” katanya kepada BH Online.



Zarina berkata, dia banyak muhasabah diri dalam tempoh digam dan percaya setiap dilalui mempunyai hikmah dan pengajaran.

“Dalam hidup, kalau diuji itu tandanya Allah sayang. Dari ujian itulah saya sedar benda salah dan perlu letak batasan.

“Seperti apa yang terjadi kepada Ruhainies dan Aliff Aziz, baru-baru ini, itu adalah pengajaran dan hikmah buat mereka.

“Bagi saya, jangan gam mereka terus, kasihan. Mereka juga nak cari makan.



“Kita tak tahu apa yang berlaku sebab tidak berada di tempat mereka. Tak boleh tuduh mereka lakukan perkara tak elok,” katanya.

Berikutan itu, Zarina berharap agar stesen TV mahupun penerbit tidak mengambil langkah senarai hitam nama seseorang pelakon secara berterusan.

Terdahulu, kes paling hangat pada 1992 membabitkan Zarina isu gambar bogel dan gambarnya bukan sahaja tersiar di sebuah akhbar tabloid, malah diedar ke seluruh negara. BH

Zarina muhasabah diri digam stesen TV



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kasihan Bella, saat ‘birthday’ dapat hadiah macam ini



Ruhainies nak ‘cover’ ke, siap kongsi 4 golongan haram disentuh api neraka

Zaman saya artis macam ini diboikot 4 tahun – A Aida



Bapa ‘pening’ hantar anak ke sekolah lain

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker