Pearly-Thinaah kejutkan pasangan nombor satu dunia

Pearly-Thinaah mara ke suku akhir Seluruh England selepas mengatasi Qing Chen-Yi Fan, malam tadi.

Pearly-Thinaah kejutkan pasangan nombor satu dunia

Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah merekodkan kemenangan terbesar dalam kerjaya mereka apabila menumbangkan pasangan nombor satu dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan di pusingan kedua Seluruh England, lewat malam tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Utilita Arena Birmingham itu, Pearly-Thinaah yang menduduki ranking ke-15 dunia mencatat kemenangan 22-20, 21-16 ke atas Qing Chen-Yi Fan sekali gus mengesahkan tiket ke suku akhir.



Sebagai rekod, ini adalah kemenangan pertama pasangan negara itu ke atas lawan berkenaan selepas tewas dalam lima pertemuan sebelum ini.

Lebih manis, kejayaan itu dianggap hadiah hari lahir bermakna buat Pearly yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-24, semalam.

Bagaimanapun, Pearly mengambil pendekatan merendah diri di atas kemenangan berkenaan kerana menganggap ia turut dibantu dengan masalah kecederaan yang dialami Yi Fan dalam perlawanan itu.

“Kami memenangi perlawanan tetapi jelas ia dibantu dengan kecederaan yang dialami Yi Fan,” kata Pearly kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).



Menurut Thinaah, mereka tidak membiarkan kekurangan dialami lawan mengganggu rentak permainan mereka.

“Kami hanya mengingatkan diri untuk fokus dan tidak terlalu memikirkan tentang kecederaan lawan. Ini semua mengenai melaksanakan strategi kami dengan baik dan mengurangkan kesilapan kami,” katanya.

Pearly-Thinaah akan bertemu pasangan Jepun, Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto bagi perebutan tiket ke petang ini.

Mereka tewas kepada beregu ke-11 dunia itu pada pertemuan terakhir di suku akhir Masters Kumamoto di Jepun pada November tahun lalu.



Sementara itu, beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut mengesahkan kemaraan ke suku akhir selepas menewaskan pasangan Taiwan, Chang Ko Chi-Po Li Wei 21-18, 24-22 pada aksi pusingan kedua.

Mereka akan bertemu juara edisi 2022 dari Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana bagi perebutan tempat ke separuh akhir.

Dalam pada itu, nasib tidak menyebelahi beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie yang ditunjukkan jalan keluar di pusigan kedua.

Soon Huat-Shevon terpaksa akur apabila tewas di tangan pasangan China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping 12-21, 5-21. BH



Pearly-Thinaah kejutkan pasangan nombor satu dunia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bawa ke kondo kerana nak ‘chemistry’



Henti sebar cerita khalwat abang saya – Aisyah

Datang ‘shooting’ sekali, siap panggil baby lagi – Kru drama



A Aida ‘blacklist’ Ruhainies

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker