Bella Astillah tarik diri

Bella Astillah tarik diri

PETALING JAYA – Pelakon Bella Astillah dipercayai telah menarik diri daripada membintangi drama Terjerat yang kini masih menjalani penggambaran.

Biarpun tiada sebarang pengesahan daripada Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 33, namun posting terbaharunya seolah-olah mengiyakan perkara tersebut.



“Assalamualaikum. Cerita semalam, terima kasih Datuk Sri Jaspal, terima kasih kerana memahami.

“Panjang umur dan ada rezeki , kita bekerjasama lagi,” tulis Bella dalam Instagramnya sebentar tadi.

Mengesahkan lagi penarikan dirinya daripada drama yang turut dibintangi suaminya, Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies apabila Bella memuat naik gambar bersama penerbit drama Datuk Sri Jaspal Singh daripada Orangetree Production Sdn. Bhd.

Bella Astillah minta cerai



Selain itu, Bella turut memuat naik tangkap layar namanya telah dikeluarkan daripada group WhatsApp senarai pelakon drama berkenaan.

Rata-rata pengikut Bella menyuarakan rasa tidak puas hati mereka apabila pelakon jelita itu dikeluarkan daripada senarai pelakon.

Namun, ada juga peminat yang memahami tindakan Bella meminta untuk menarik diri kerana enggan terus bekerjasama dengan Ruhainies.



Terdahulu, Aliff dan Ruhainies telah ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada Sabtu lalu di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Kedua-dua mereka bakal didakwa di Mahkamah Syariah dalam masa terdekat. K Online

Bella Astillah tarik diri

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau suami orang menggatal, aku maki terus – Puteri Balqis

Tangkap basah sebab ‘marketing’ drama?



Bukan tangkap basah – Ruhainies

Netizen serang IG Risteena



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker