Netizen serang IG Risteena

Netizen serang IG Risteena

Kuala Lumpur: “Ini ke kakak dia? Memalukan keluarga.” Itu antara ‘serangan’ netizen di akaun Instagram (IG) pelakon, Nur Risteena ‘diserang’ netizen selepas timbul berita yang mendakwa adiknya, Ruhainies ditangkap khalwat dengan rakan pelakon, Aliff Aziz.

Dalam beberapa hantaran, pelbagai komen lepas geram netizen ditujukan kepada Risteena dan keluarganya.

“Ingat artis mahal. Rupanya, pilih yang murah juga. Sondol laki orang kot. Jijik dari tong sampah,” tulis satu netizen.



“Semoga semua wanita dalam keluarga Ruhainies mendapat sakit berkali ganda dengan apa yang Bella Rasa. Amin,” tulis satu netizen lain.

“Kalau betullah apa yang tular, mesti Risteena dan keluarga kesal kan sebab hubungan rapat sangat. Nasihatlah kat Ruhainies itu. Tak berbaloi sejenis bekerja keras, kemudian pilih orang seperti Aliff itu. Dia berhak yang lebih baik!” tulis satu lagi netizen.


Baca Artikel Menarik:

Bukan nak tegakkan benang basah – Aliff Aziz




Bagaimanapun, tidak semua netizen bersikap tidak waras dan ada juga yang dapat berfikir dengan tenang dan wajar.

“Tolonglah netizen. Adik dia buat hal, jangan cari ahli keluarga dia untuk kita serang. Kita pun ada ahli keluarga sendiri.

“Elok jaga diri kita sendiri dan jaga diri baik-baik. Insya-Allah semoga baik-baik semua,” tulis netizen itu.

Risteena bagaimanapun tidak membalas sebarang komen-komen negatif itu.



Semalam, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita penangkapan dua pelakon yang didakwa berkhalwat di sebuah kondominium mewah.

Bebas diikat jamin, Aliff Aziz dan Ruhainies bakal didakwa

Netizen serang IG Risteena


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker