Khabib dipujuk untuk kembali

Khabib dipujuk untuk kembali

Khabib Nurmagomedov mendakwa pemimpin atasan UFC menghubungi pengurusnya supaya memujuk dia kembali bertarung di octagon pada musim bunga akan datang.

Peminat MMA di seluruh dunia percaya promosi baru-baru ini akan mengembalikan semula legenda sukan itu bagi pertarungan bersejarah UFC 300 bulan depan.



Bekas juara Brock Lesnar, Ronda Rousey dan Georges St-Pierre juga disebut-sebut akan kembali bagi pertarungan besar tontonan berbayar itu.

Nurmagomedov sendiri dikaitkan dengan kemunculan semula sensasi, yang mungkin menjadi kenyataan selepas pemimpin UFC menghubungi pengurusnya Ali Abdelaziz.

Peninju Russia yang sudah mengumumkan persaraan itu memberitahu MMA Junkie: “Saya tahu mereka menghubungi Ali.

“Tetapi saya beritahu Ali, kali terakhir mungkin setahun lalu, saya kata, ‘Tidak kira siapa yang menelefon anda, tetapi jangan sesekali memanggil saya mengenai pertarungan.”



“Kami mempunyai persetujuan bersama: Secara langsung dengan saya, tiada siapa menghubungi. Tetapi saya tahu Ali berhubung dengan sesetengah pemimpin UFC.”

Bekas juara lightweight dunia, Nurmagomedov bersara daripada sukan itu pada Oktober 2020 selepas mengalahkan Justin Gaethje pada pusingan kedua pertarungan UFC 254.

Warga Dagestan itu menggantung sarung tangannya tiga bulan selepas kematian bapanya yang juga ketua jurulatih Abdulmanap.

Nurmagomedov berjanji dengan ibunya dia tidak akan bertarung lagi tanpa bapa di sisinya. BH



Khabib dipujuk untuk kembali

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebelum jadi Datin tak seksi sangat



‘Saya bukan geng plastik hitam’

Azhar Sulaiman tidak tolak jika dijodohkan dengan ahli kumpulan The Gadys



Rumah Influencer dirompak, RM3 juta tunai dan jongkong emas dilarikan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker