The Gadys kena balas dendam – Aina Abdul

The Gadys kena balas dendam – Aina Abdul

Penyanyi Aina Abdul menasihatkan agar kumpulan The Gadys tidak berputus asa dan terus berusaha memperbaiki kualiti nyanyian.

Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani berkata, di sebalik setiap kejadian ada hikmahnya yang tersendiri, justeru mengharapkan The Gadys terus optimis.



“Saya tidak salahkan mereka. The Gadys diletakkan dalam situasi itu tanpa mereka tahu ia akan berlaku sedemikian rupa.

“Jadi, nasihat saya, ini adalah masa yang tepat untuk ‘balas dendam’. Balas dendam bukan bermaksud tidak baik, seperti menghentam orang yang mengecam dan balas komen, tidak.

“Balas dendam bermaksud, anda hentam saya, saya pergi ke kelas vokal. Banyak cara yang boleh perbetulkan keadaan.

“Saya percaya ini adalah publisiti yang baik untuk mereka. Kadang-kadang sebab benda kecil buat orang kenal kita.



“Misalnya saya menyanyikan lagu Sumpah, orang kata teruk tapi persembahan itu buat orang kenal saya. Jadi, balas balik dengan benda yang positif,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, The Gadys tular selepas video persembahan lagu medley Cintaku Sampai Ke Ethiopia nyanyian asal Ria Resty Fauzi, Cinta Sampai Mati (Raffa Affar) serta Gadis Dan Bunga (Rahimah Rahim) di Anugerah KNKV Viral 2024 mengundang kecaman hebat.

Wakil pengurusan memaklumkan ketiga-tiga anggota kumpulan terbabit iaitu Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Thamiera Chan berdepan dengan kesilapan teknikal yang menjadi salah satu faktor yang mengganggu persembahan pada hari berkenaan.

“Sebenarnya mereka berlatih menggunakan minus one berbeza dengan ‘key’ lebih rendah. Bagaimanapun, pada hari kejadian, produksi menggunakan minus one mereka dengan ‘key’ lebih tinggi,” kata wakil pengurusan.



Aina berkata, dia tidak pernah mengalami masalah sedemikian, tapi sekiranya berlaku dia akan menyuarakan perkara itu.

“Saya tak tahu dengan terperinci apa yang berlaku dan saya tak pernah mengalami perkara seperti ini.

“Apa yang saya tahu, apa yang berlatih, itulah yang sepatutnya nada yang dikeluarkan tapi kalau masalah macam ini, hentikan sahaja dan minta ‘key’ diri sendiri.



“Berkata untuk diri sendiri sebab perkara seperti ini akan memudaratkan kita tapi saya tak salahkan mereka diletakkan dalam keadaan begitu. Siapa yang menguruskan mereka patut bercakap jujur,” katanya.

Aina ditemui pada majlis pelancaran koleksi Hari Raya Amber Atma Sari x Anna Jobling di The Estate, semalam.

Dalam masa sama, Aina juga berpendapat The Gadys memerlukan pasukan yang jujur supaya perkara sedemikian dapat dielakkan daripada berulang.

“Kadang-kadang dalam industri ini kita perlukan mereka yang jujur dengan kita. Misalnya habis sahaja persembahan atau ketika berlatih saya akan tanya pasukan sama ada okay atau tidak.



“Sebagai orang seni, mungkin kita ingatkan apa yang dibuat sudah betul, tapi tidak. Sebab bila sudah terlalu syok lupa apa yang dinyanyikan.

“Jadi, penting untuk ada pasukan yang akan bercakap jujur walaupun pahit,” katanya.

Aina mengakui, dia ada menyaksikan video nyanyian The Gadys yang tular dan sekali lagi percaya kumpulan itu boleh menyanyi, namun perlu menggilap kualiti nyanyian dengan mendalami ilmu vokal.

“Sebenarnya saya pernah berjumpa dengan The Gadys di persembahan di Johor Bharu dan mereka sangat baik dan merendah diri. Bila saya tengok video itu tiada masalah ketara.



“Tapi, bukanlah bermaksud mereka tidak boleh menyanyi, tapi kena gilap lagi dan kena kuatkan perut kita.

“Saya harap tip kecil ini boleh beri semangat dan jangan rasa sedih sebab sekurang-kurangnya mereka berani menyanyi atas pentas. Yang komen mungkin tak tahu menyanyi macam mana.

“Jadi, masuk kelas vokal dan gilap bakat, kuatkan perut anda, insya-Allah boleh. Saya doakan yang baik-baik dan sikit sahaja lagi kena gilap,” katanya. BH

The Gadys kena balas dendam – Aina Abdul

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anggota APM kongsi detik misteri apabila ular sawa ditangkap mengilai

Ramai setuju kedai makan perlu laksana sistem ‘bayar dulu’

Ahli MKT UMNO sokong Presiden MCA berhubung isu SST, mahu kerajaan beri berita gembira

Anak golongan T20, Che Ta nafi keluar kenyataan riak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker