Ahli MKT UMNO sokong Presiden MCA berhubung isu SST, mahu kerajaan beri berita gembira

Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi menyokong pendirian Presiden MCA Wee Ka Siong untuk kerajaan mengecualikan bil elektrik daripada kenaikan dua peratus cukai perkhidmatan (SST).

“Semoga hari ini, esok atau lusa ada berita gembira untuk rakyat,” katanya dalam catatan Facebook.

“Atau kembalikan sahaja GST. Malu apa bossku?” tambahnya merujuk kepada cukai yang diperkenalkan semasa pentadbiran Najib Razak, yang telah dimansuhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan pada 2018.



Pada 2021, sebelum dipenjarakan, Najib memberitahu Parlimen bahawa kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob perlu memperkenalkan semula GST selepas Malaysia pulih daripada pandemik Covid-19.

Kadar GST enam peratus meliputi rangkaian barangan dan perkhidmatan yang lebih luas berbanding cukai perkhidmatan semasa, walaupun beberapa keperluan seperti makanan segar dan elektrik berkadar sifar.

Wee telah menggesa agar elektrik dikecualikan daripada kenaikan cukai perkhidmatan dengan alasan bahawa ia adalah perkhidmatan penting, sama seperti air.

Ini sebagai maklum balas kepada Kementerian Kewangan yang menyatakan bahawa cukai perkhidmatan enam peratus yang dikenakan ke atas penggunaan elektrik domestik melebihi 600kWj pertama setiap kitaran pengebilan dinaikkan kepada lapan peratus mulai semalam.



Dalam video Tik Tok kemudiannya, Wee mendakwa kenaikan cukai boleh memberi kesan peningkatan harga barangan dan seterusnya menjejaskan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker