King Sing ektremis, tidak tahu jaga sensitiviti rakyat beragama Islam – Dr Akmal

King Sing ektremis, tidak tahu jaga sensitiviti rakyat beragama Islam – Dr Akmal

Pemuda UMNO enggan berganjak dan mempertahankan pendirian menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memecat Menteri Kabinet yang terbabit mengiktiraf ‘bak kut teh’ sebagai hidangan warisan negara.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata tindakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, itu disifatkan sebagai ektremis kerana tidak tahu menjaga sensitiviti majoriti rakyat negara ini yang beragama Islam.



Malah beliau mempersoalkan relevannya memasukkan makanan yang kebanyakan penyediaannya mempunyai unsur asas babi, sekali gus sensitif di kalangan orang Islam dan senarai makanan warisan negara.

“Ini bukan soal ada sembilan lagi makanan lain juga dimasukkan dalam senarai makanan warisan negara, tetapi ini adalah soal apakah relevannya memasukkan makanan mempunyai unsur asas babi yang kita tahu sangat sensitif kepada penduduk Islam yang juga majoriti penduduk negara ini dalam senarai makanan warisan negara?

“Apakah kamu tahu, senarai yang dimasukkan di dalam warta itu adalah ‘bak kut teh’ bukannya seafood kut teh atau ayam kut teh. Bak itu bermaksud daging yang secara khususnya merujuk daging babi di dalam sebutan Hokkien.

“Memang bak kut teh boleh ditukar menjadi daging yang halal mengikut kamu, tetapi adakah kamu tahu berapa banyak bak kut teh yang dikatakan halal dan dijual di pasaran.



“Jawapannya hampir semua bak kut teh yang dijual adalah tidak halal serta mempunyai unsur daging babi,” katanya dalam kenyataan di akaun Facebook, hari ini.

Semalam, King Sing dilaporkan membidas Dr Muhamad Akmal dengan mengingatkannya supaya tidak menjadi pembangkang atau kumpulan ekstremis.

Beliau juga dilaporkan menyarankan agar EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka itu merujuk kepada kamus sekiranya tidak pasti mengenai definisi perkataan itu, susulan isu bak kut teh yang dibangkitkan.

Sebelum itu, Dr Muhamad Akmal dilaporkan mendesak Perdana Menteri memecat King Sing berikutan beberapa isu kontroversi baru-baru ini.



Dr Muhamad Akmal dipetik berkata, isu itu termasuk bak kut teh yang dimasukkan dalam senarai makanan warisan negara dan penurunan pangkat Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar kepada Timbalan Ketua Pengarah.

Dalam pada itu, Dr Muhamad Akmal mempersoalkan tuduhan ektremis yang dilontar King Sing kepadanya semalam.

“Adakah kamu memberi maksud apabila kami bercakap mengenai perkara yang sensitif di hati orang Melayu khususnya, maka kami dikatakan ektremis?

“Jika begitu yang ektremis adalah orang seperti kamu yang tidak tahu menjaga sensitiviti majoriti rakyat beragama islam di negara ini.



“Kami (Pemuda UMNO) tetap kekal dengan pendirian kami supaya Perdana Menteri memecat orang seperti ini di dalam barisan Kabinet Malaysia,” katanya. BH

King Sing ektremis, tidak tahu jaga sensitiviti rakyat beragama Islam – Dr Akmal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai

Johan gosok baju saya – Ozlynn



Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim

Hukum melakukan seks dengan patung (robot)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker