Hukum melakukan seks dengan patung (robot)

Hukum melakukan seks dengan patung (robot)

Tidak diragukan lagi hubungan intim dengan robot sudah pun berlaku ketika ini. Walaupun budaya jijik tersebut belum lagi berlaku di Malaysia, namun di negara maju seperti Jepun dan Amerika fenomena ini telah mula bercambah.

Ada berbagai jenis robot penggoda yang boleh dipilih. Mahu yang putih kuning, gelap sawo matang, kurus menggoda atau yang berwajah artis antarabangsa seperti Scarlett Johansson, Angelina Jolie atau sesiapa sahaja pun sudah ada.

Nampaknya, apa yang disebutkan oleh David Levy iaitu Profesor Kajian Gender dan Kebijaksanaan Buatan (AI) yang juga pengarang buku Hubungan Seks dengan Robot: Evolusi Dalam Hubungan Manusia dan Robot pada lebih dua puluh tahun yang lalu telah pun menjadi kenyataan.

Pada ketika itu ramai yang tidak bersetuju dengan kenyataannya kerana mustahil manusia sanggup melakukan hubungan intim dengan robot, apatah lagi beroleh kepuasan di ranjang. Akan tetapi seiring dengan kemajuan teknologi, perkara itu telah dibuktikan bilamana ketika ini sudah terdapat robot penggoda yang dilengkapi dengan teknologi AI. Robot ini mampu melakukan lima puluh posisi persetubuhan secara automatik yang hampir menyerupai manusia sebenar.

Ada yang melihat penghasilan ini sesuatu yang baik untuk masyarakat kerana ia boleh membendung jenayah seksual. Itu kerana perogol tidak perlu lagi mencari mangsa sebaliknya hanya melepaskan keinginannya pada robot. Bahkan menurut kajian akademik mendapati, melakukan persetubuhan dengan robot akan mengurangkan nafsu meluap-luap si penyerang.

Bukan itu sahaja, penggunaan robot penggoda ini juga telah mencetuskan pelbagai isu sosial kompleks. Ia perlu dipertimbangkan oleh pembuat dasar dan masyarakat negara yang terbuka dengan industri ini, sama ada boleh digunakan dalam klinik terapi seksual, pesalah seks atau orang kurang upaya dalam melepiaskan hawa nafsu mereka.

Robot seks yang dicipta mengikut citarasa pelanggan dengan pelbagai rupa dan bentuk seperti artis Hollywood.
Noel Sharkey seorang Profesor Kecerdasan Buatan (AI) dan Robotik dari Universiti Sheffield menyatakan, sukar untuk meramal berapa jauh atau cepat pasaran robot penggoda ini berkembang.

Atau apa kesan dan implikasi kepada tamadun manusia akan datang. Namun dia sendiri tidak dapat menerima bagaimana manusia mampu melakukan hubungan dengan robot adakah ia sama dengan manusia sebenar.

Hakikatnya, walau di situ seperti ada kebaikan, namun dari sudut pandangan Islam, juga fitrah naluri manusia, serta asas kepada sistem perkembangan manusia, ia adalah sesuatu yang menyimpang.

Dalam hal ini kita terus merujuk pada surah Rom ayat 21, Allah berfirman,

“Dan di antara tanda-tanda kebesaran Nya ialah, Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenis mu sendiri agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya. Dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir”

Kalimah “Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenis mu sendiri” merujuk kepada isteri yang wajib dikahwini adalah dalam kalangan jenis manusia, bukan jin, syaitan, haiwan mahupun robot.

Itu kerana, hanya manusia sahaja yang boleh mewujudkan rasa tenang dan aman sehingga melahirkan rasa mawaddah (kasih sayang) serta rahmat. Sedangkan walaupun robot boleh mempunyai gerak cara seperti manusia sehingga lima puluh posisi pun, namun ia masih tidak punya hati dan perasaan untuk saling sayang-menyayang.

Dan Allah jelaskan lagi bahawa, perasaan sayang dan tenteram itu adalah tanda kebesaran Nya terutama bagi orang yang bijak menggunakan akal, dan bukan orang yang bijak menggunakan nafsunya. Bermakna orang yang berakal tidak akan memilih kelakuan seperti itu. Hanya mereka yang memilih untuk berhubungan dengan robot bermakna mereka punya masalah akal.

Ironinya, isu berkaitan manusia yang mengahwini robot atau berhubungan intim dengan robot telah pun ulama jelaskan sejak dari dahulu lagi. Dan ia dimasukkan dalam kategori istimna iaitu mengeluarkan air mani tidak mengikut hubungan suami isteri (masturbasi).

Dalam isu ini, jumhur ulama mengatakan haram. Bahkan ada pandangan yang agak keras melihat perbuatan masturbasi perlu dijatuhkan hukuman takzir kerana menghampiri zina. Tetapi ulama juga sepakat mengatakan perbuatan ini tidak perlu sampai kepada dikenakan hukuman hudud atau takzir.

Pun begitu perbuatan masturbasi tidak boleh kita gunakan sebagai dhorurah kerana tiada apa pun alasan yang boleh menerima perbuatan ini sekalipun untuk mengelakkan jenayah seksual.

Jika masturbasi pun haram, apatah lagi melakukan hubungan intim dengan robot atau mengahwininya. Ia masih tetap haram kerana bertentangan juga dengan firman Allah di atas.

Apa pun stilah dhorurah tidak boleh digunakan sebagai alasan kerana ia sendiri yang mencipta atau sengaja mencari penyakit. Mana boleh kata dhorurah jika mereka sendiri melawat laman-laman porno, atau membaca bahan-bahan yang boleh membangkit syahwat. Apatah lagi jika membeli produk permainan dewasa termasuklah juga robot penggoda. Jadi isu begini tidak langsung dianggap dhorurah. Wallahu a’lam Utv

Hukum melakukan seks dengan patung (robot)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa jadi dengan Azhar Sulaiman?

Saya tak halalkan – Alif Satar

Marissa pusing 360 darjah – Abby

RM3.5j majlis perkahwinan anak jutawan Bawal Exclusive

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker