OKU maut dirempuh Vios

OKU maut dirempuh Vios

Batu Pahat: Mengerikan apabila seorang lelaki melambung sebelum menemui ajal di dalam parit sejurus motosikal ditunggang dirempuh kereta berhampiran Batu 21, Jalan Muar-Parit Sulong, di sini.

Dalam kejadian berlaku jam 7 pagi tadi, mangsa, Mohd Riduan Abdullah, 58, yang juga orang kurang upaya (OKU) maut di lokasi akibat parah di kepala dan badan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika kereta Toyota Vios dari arah Muar menghala ke Parit Sulong cuba memotong kenderaan lain.

Beliau berkata, pemandu lelaki berusia 24 tahun bagaimanapun gagal memotong sebelum bertembung motosikal ditunggang mangsa.

“Akibatnya mangsa tercampak ke dalam parit. Mangsa cedera parah di dada meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat mangsa beralamat di Merlimau, Melaka kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk bedah siasat.

“Pemandu kereta Toyota Vios hanya cedera ringan di kepala dan kaki. Ujian saringan awal air kencing mendapati dia negatif dadah.

“Polis masih menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. HM

OKU maut dirempuh Vios

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa jadi dengan Azhar Sulaiman?

Saya tak halalkan – Alif Satar

Marissa pusing 360 darjah – Abby

RM3.5j majlis perkahwinan anak jutawan Bawal Exclusive

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker