Ustazah Asma terpaksa tutup kedai

Terpaksa tanggung kerugian RM30 ribu setiap bulan.

Ustazah Asma terpaksa tutup kedai

Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun terpaksa menutup operasi kedai makannya yang terletak di Seremban apabila tidak mampu menanggung kerugian lebih RM30,000 setiap bulan.

Menerusi satu siaran langsung di TikTok baru-baru ini, Ustazah Asma’ berkata, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menampung kerugian termasuklah membuat pinjaman, menjual aset-aset serta menggadaikan barang kemas.



Ujarnya, walaupun kedainya baru beroperasi kurang tiga bulan itu terletak di kawasan strategik, harga kos bahan mentah yang semakin meningkat memaksanya untuk membuat keputusan demikian.

“Setiap bulan kita negatif RM30,000. Contohnya, lepas sebulan kita berniaga, akauntan beritahu ada RM2,000 je dalam akaun. Saya tanya semula ‘habis tu nak byr gaji pekerja berapa perlu’.

“Akauntan pun beritahu bayar gaji pekerja nak dekat RM30,000. Bayar sewa pula kena cari lain. Kami buat macam mana, kami pinjam. Kami keluarkan simpanan ada, kami cairkan aset apa yang ada, semua kita jual.

“Barang kemas kita jual, simpanan kita keluarkan. Sampai bulan ini kami dah tiada apa-apa dah untuk kami tampung lagi. Ni bulan yang terakhir sebab kita nampak jualan masih sama,” katanya.



Tambah Ustazah Asma’ lagi, pihaknya tidak sanggup menaikkan harga makanan walaupun kos bahan mentah dan operasi semakin meningkat kerana tidak mahu membebankan para pelanggan.

“Kita nak naikkan harga kita tak sanggup padahalnya kos operasi untuk restoran lagi-lagi ada makanan laut sangatlah tinggi. Harga barang sebenarnya sangat mahal sekarang, semua mahal,” luahnya.

Ekoran itu, Ustazah Asma’ mencari mana-mana individu yang sanggup membeli perniagaan dan kedainya bagi memastikan tempat tersebut terjaga rapi.

Luahnya, antara faktor dirinya tidak dapat fokuskan kepada perniagaan restorannya itu juga adalah kerana jadual dakwahnya yang sangat padat.



“Sayang sangat tempat ni semua hiasan saya beli sendiri. Jadi mana-mana hamba Allah yang macam berminat nak beli perniagaan, boleh hubungi saya. Tempat ni sangat strategik.

“Mungkin boleh jadi kesuntukan masa saya dengan dakwah-dakwah dan urusan yang begitu banyak saya tak mampu nak beri fokus kepada kedai makan ni.

“Mengundur bukan beerti mengalah. Kita bukan mengalah, tetapi terpaksa berhenti sekejap, bernafas supaya kita boleh berlari lagi,” katanya. K Online

Ustazah Asma terpaksa tutup kedai



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan biar saya mati macam P Ramlee



Kurma Israel tapi label keluaran Palestin

Dua anak menganggur, ayah 70 tahun kerja rider



Pelukan Abby, Marissa undang sebak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker