Bekas setiausaha sulit kanan Menteri Pelancongan diperintah bela diri terima suapan

Bekas setiausaha sulit kanan Menteri Pelancongan diperintah bela diri terima suapan

Bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya diperintahkan membela diri terhadap lapan tuduhan menerima suapan RM1.77 juta berhubung tender kempen pengiklanan ‘Tourism Malaysia’.

Hakim Mahkamah Sesyen, Suzana Hussin memerintahkan Mohd Saifullah Mohd Minggu, 33, dipanggil membela diri selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh bagi lapan daripada 19 tuduhan yang dipertuduhkan ke atasnya.



Suzana bagaimanapun, membebaskan tertuduh bagi 11 lagi tuduhan iaitu meminta dan menerima suatu suapan berjumlah RM820,530 berhubung tender yang sama.

Hakim itu juga melepas dan membebaskan tunang Mohd Saifullah, Nurfadziana Abdul Kadir, 30, daripada tuduhan bersubahat dengan lelaki itu menerima suapan RM232,000, selepas memutuskan pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie.

Sementara itu, peguam Haijan Omar yang mewakili Mohd Saifullah memberitahu mahkamah, anak guamnya memilih membela diri dengan memberikan keterangan daripada kandang saksi secara bersumpah dan boleh disoal balas.

Katanya, pembelaan berhasrat untuk memanggil tiga saksi termasuk Mohd Saifullah dan akan berhubung dengan pendakwaan sama ada untuk memanggil saksi pendakwaan.



Mengikut lapan pertuduhan, Mohd Saifullah didakwa menerima suapan berjumlah RM1,765,000 daripada pemilik syarikat Inter Bev Network Sdn Bhd, Ronald Seto Kong Seng melalui Roslan Lahada.

Ia sebagai dorongan untuk tertuduh berjanji mendapatkan tender “Perkhidmatan Penghasilan Penjenamaan (Brand) dan Kreatif (Creative) untuk kempen pengiklanan Tourism Malaysia” kepada Syarikat Inter Bev.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di Red Box Karaoke dan Coffee Bean di pusat beli belah Pavillion, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC); di pejabat setiausaha sulit kanan kepada menteri, di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; di Vipod Residences di premis di Temasya Anggun, Glenmarie, Selangor, Kota Damansara dan di Petronas Dengkil, antara 11 pagi hingga 11.30 malam, pada 21 Disember 2018 hingga 1 Mac 2019.

Mohd Saifullah didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 manakala Nurfadziana dituduh mengikut Seksyen 28 (1) dan kedua-dua mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.



Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara hingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Suzana kemudian menetapkan 17 April ini bagi prosiding bela diri. BH

Bekas setiausaha sulit kanan Menteri Pelancongan diperintah bela diri terima suapan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rindu slogan ‘Najib turun, ringgit naik’ – Akmal

Emma difitnah bertukar pasangan untuk seks



Marissa tanpa mekap dilabel ‘Muka Awam’

Ali Puteh bayar duit Hidayah, jumpa Hamzah lepas 4 tahun



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker