Cuba kau pegang kepala, bukan ekor – Netizen

Cuba kau pegang kepala, bukan ekor – Netizen

TUARAN: Kejadian nelayan di sini terserempak dengan buaya semakin kerap berlaku, sekali gus mengancam keselamatan kepada mereka ketika mencari rezeki.

Selain itu, kejadian buaya masuk halaman rumah di perkampungan berhampiran sungai di daerah ini sejak kebelakangan ini turut merisaukan penduduk.



Bulan lalu, penduduk Tuaran turut gempar dengan kemunculan seekor buaya besar di Sungai Tuaran, berhampiran Jambatan Batangan.

Terbaru, tular video seorang lelaki dipercayai nelayan memegang ekor buaya di sungai di daerah ini, sekali gus mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

Menerusi video kejadian yang tular di media sosial, ada netizen yang kagum dengan keberanian lelaki terbabit, namun tidak kurang pula yang bimbang perbuatan itu boleh mengundang padah.

Rakaman video berdurasi hampir 10 saat itu menunjukkan seorang lelaki yang menaiki bot memegang ekor reptilia ganas itu yang melintas berhampiran botnya.



Reptilia itu kemudian kelihatan berenang meninggal bot nelayan terbabit.

Buaya itu dipercayai bersaiz lebih tiga meter panjang dan setengah meter lebar dikatakan sudah lama berada di sungai itu.

Netizen dikenali Kunta Kente Muhammad dalam hantaran ringkas di media sosial berkata, reptilia itu semakin dekat dengan penduduk Tuaran.

“Kejadian terbaru itu dipercayai berlaku di Sungai Mengkabong, Tuaran,” katanya.



Sobrie Dail pula mendakwa buaya besar itu dikenali penduduk setempat sebagai ‘Siti’.

“Siti bah tu… kau pegang ekor, cuba kau pegang kepala Siti tu kalau berani…,” katanya berjenaka dalam hantaran di media sosial.

Difahamkan, selain Mengkabong, kampung berhampiran seperti Timbuk yang berhampiran paya bakau juga sering didatangi reptilia itu untuk mencari makanan. BH

Cuba kau pegang kepala, bukan ekor – Netizen



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lee Chong Wei ‘smash’ pemain lagi



Yasmin Hani masih ‘bergetah’ pada usia 44 tahun

Bekas teman lelaki ugut sebar video seks silam



Jamal Abdillah tarik diri bertanding AJL38

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker