Wanita ditarik rambut dan kepala dibenam di dalam kolam oleh teman lelaki

Video tular berdurasi satu minit 44 saat itu, kelihatan seorang lelaki dan wanita bertengkar di tepi kolam renang sebelum lelaki berenaan menarik rambut wanita terbabit dan mengheretnya masuk ke dalam kolam renang. Video tular.

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung pergaduhan membabitkan sepasang kekasih warga asing di sebuah kondominium di Jalan Taylor, Bandar Sunway, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata rakaman video berkaitan kejadian yang tular menerusi laman X itu dikesan polis pada jam 12.30 tengah hari semalam.

Menurutnya, semakan polis mendapati kejadian berkenaan di kawasan kolam renang kondominium terbabit, kira-kira jam 3 petang kelmarin.

“Mangsa, seorang wanita berusia 19 tahun tampil membuat satu laporan polis berhubung kejadian itu pada jam 6.30 petang (semalam). Dia tidak mengalami sebarang kecederaan dan tidak mahu mendapatkan rawatan.



“Dia juga tidak mahu meneruskan kes berkenaan kerana tidak mahu sebarang tindakan diambil terhadap teman lelakinya,” katanya sambil menambah polis tidak meneruskan siasatan atas permintaan mangsa.

Dalam video tular berdurasi satu minit 44 saat itu, kelihatan seorang lelaki dan wanita bertengkar di tepi kolam renang sebelum lelaki berkenaan menarik rambut wanita terbabit dan mengheretnya masuk ke dalam kolam renang.

Lelaki itu juga dilihat cuba membenam kepala teman wanitanya ke dalam air, namun wanita itu melawan dan berjaya menghalang.

Rakaman itu dipercayai dirakam oleh orang awam yang berada di sebuah bangunan berhampiran.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Ta naikkan elaun mekap Aaisyah RM250 seminggu



Beras Madani ini apa, Ameer Mydin bidas Syed Abu Hussin

Ali Puteh dah cukup duit bayar saman Hidayah



Kedai coli ‘perangkap’ orang alim



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker