Kes Jana Wibawa Adam Radlan: Pendakwaan kemuka 47 saksi


Kes Jana Wibawa Adam Radlan: Pendakwaan kemuka 47 saksi

Seramai 47 saksi pendakwaan akan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dihadapi Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad, berhubung projek Jana Wibawa yang dijadualkan bermula 27 Mei ini di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur.

Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh memberitahu mahkamah, kesemua saksi berkenaan akan memberi keterangan menerusi pernyataan saksi.

“Saya ada bertanya kepada pihak pembelaan sama ada pernyataan saksi itu boleh diserahkan 14 hari sebelum saksi dipanggil memberi keterangan,” katanya semasa sebutan kes di hadapan Hakim Suzana Hussin hari ini.



Peguam Alaistair Brandah Norman yang mewakili Adam Radlan berkata beliau akan mendapatkan arahan daripada peguam utama kes itu, berhubung penyerahan pernyataan saksi tersebut.

Terdahulu, Farah Yasmin memohon supaya lima pertuduhan rasuah dan tujuh pertuduhan pengubahan wang haram dihadapi Adam Radlan dibicarakan bersama, kerana ia melibatkan transaksi sama dan tiada bantahan daripada pihak pembelaan.

Mahkamah yang membenarkan permohonan itu, kemudiannya menetapkan sebutan kes pada 27 Mac ini untuk pihak-pihak terlibat memaklumkan status dokumen berkaitan perbicaraan dan penyerahan pernyataan saksi.

Tarikh perbicaraan selama 15 hari bermula Mei ini iaitu pada 27 hingga 29 Mei, 10 hingga 12 Jun, 9 hingga 11 Julai, 22 hingga 24 Julai dan 5 hingga 7 Ogos 2024, yang telah ditetapkan sebelum ini dikekalkan.



Pada 21 Feb tahun lepas, Adam Radlan didakwa dengan satu pertuduhan meminta suapan wang tunai sejumlah 3.5 hingga tujuh peratus nilai projek yang akan diperoleh daripada Mat Jusoh Mamat, yang merupakan Pengarah Urusan syarikat MIE Infrastructure & Energy Sdn Bhd.

Dia turut didakwa satu lagi pertuduhan menerima suapan RM500,000 daripada individu sama (Mat Jusoh) sebagai upah, kerana membantu syarikat itu mendapatkan surat sama bagi Projek Membina Jalan Sungai Adam ke Kampung Banat, Perlis daripada kerajaan secara rundingan terus yang jumlah keseluruhannya bernilai RM47.8 juta.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran di Dutamas dan CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku, Taman Tunku pada Mac 2021 dan 26 Nov 2021.

Sementara itu, pada 22 Feb 2023, Adam Radlan didakwa atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM4.1 juta daripada Lian Tian Chuan dan Mat Jusoh, sebagai upah bagi tertuduh membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd serta MIE Infrastructure & Energy bagi mendapatkan dua projek jenis sama (Jana Wibawa).



Pada 28 Feb tahun lepas, dia sekali lagi didakwa iaitu secara rasuah meminta wang berjumlah RM2 juta daripada Lian, sebagai upah untuknya kerana membantu syarikat Nepturis mendapatkan projek berkaitan Jana Wibawa.

Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Adam Radlan turut berdepan tujuh pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM3 juta mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Mk

Kes Jana Wibawa Adam Radlan: Pendakwaan kemuka 47 saksi



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nasi ayam harga RM14 lauk ‘ciput’ buat pelanggan terkejut



Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua

Enakmen Syariah Kelantan bukan Hudud bukan Qisas – Nik Elin



Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker