Tamatlah riwayat 6 jahanam Bersatu – Razali

Tamatlah riwayat 6 jahanam Bersatu – Razali

Bersatu bakal mengadakan perhimpunan agung khas pada awal bulan depan dan dilihat menjadi langkah parti itu meminda sebahagian daripada perlembagaannya.

Parti itu mengambil tindakan tersebut selepas enam daripada ahli parlimennya mengambil pendirian sendiri dengan memberikan sokongan kepada kerajaan perpaduan.



Menurut notis yang dikeluarkan Hamzah Zainudin selaku setiausaha agung, perhimpunan agung khas tersebut dijadual diadakan di Shah Alam, Selangor pada 2 Mac.

‘Menyambut’ pemakluman tersebut, Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris, yang memberikan bayangan tidak ada lagi mana-mana wakil rakyat parti itu mampu mengalih sokongan secara sepihak.

“Insya-Allah maka tamatlah riwayat 6 jahanam, (mudah-mudahan) Bersatu kembali bangkit dan terus mare (mara)!!” tulis pengerusi Bersatu Terengganu itu di media sosial semasa memuat naik imej notis Hamzah tersebut.

Bersatu pernah beberapa kali memberi bayangan akan membentuk kerajaan pusat dengan penguasaan parti itu bersama komponennya – PAS dan Gerakan – ekoran keadaan parlimen tergantung selepas PRU ke-15 lalu.



Bagaimanapun Bersatu menerima tamparan apabila seorang demi seorang ahli parlimennya mengumumkan sokongan kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Setakat ini enam ahli parlimen sudah berbuat demikian dengan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) memulakan langkah tersebut pada 12 Okt 2023 sebelum diikuti lima yang lain.

Ahli parlimen terbaru yang berbuat demikian ialah Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang) pada 24 Jan lalu.

Dua hari kemudian, Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, mengadakan sidang media dan mengumumkan ada 10 lagi ahli parlimen pembangkang akan mengikut jejak mereka.



Menurut Hamzah perhimpunan agung khas bulan depan dibuat mengikut Fasal 12.5.1 Perlembagaan Bersatu.

“Sehubungan dengan itu, diharapkan semua perwakilan dapat hadir demi menjalankan tanggungjawab sebagai ahli parti,” menurut surat itu.

Pada penghujung bulan lalu Hamzah memaklumkan Bersatu bercadang meminda perlembagaan parti itu untuk menghalang lebih ramai ahli parlimen mengalih sokongan mereka.

Hamzah juga menegaskan keputusan Bersatu mengambil langkah undang-undang ke atas enam ahli parlimen terbabit, serta bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil. Mk



Tamatlah riwayat 6 jahanam Bersatu – Razali

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nasi ayam harga RM14 lauk ‘ciput’ buat pelanggan terkejut



Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua

Enakmen Syariah Kelantan bukan Hudud bukan Qisas – Nik Elin



Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker