Selepas dikecam, Syafinaz akui ada masa buat silap dan menyanyi tak sedap

Syafinaz bersikap terbuka dengan kritikan dan menganggap perkara itu adalah lumrah bagi penyanyi sepertinya. – Foto Ihsan Astro

Penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat enggan cepat melatah berhubung kritikan netizen terhadap persembahannya ketika menjayakan Konsert Ini Baru Bintang 3 RTM, Sabtu lalu.

Mengulas lanjut, Syafinaz berkata, dia bersikap terbuka dengan kritikan dan menganggap perkara itu adalah lumrah bagi penyanyi sepertinya.

“Muzik itu besar, terpulang pada mereka sama ada untuk suka atau tidak. Perkara itu adalah subjektif untuk semua orang.

“Saya okay dengan kritikan. Selama ini pun saya hidup dengan kritikan.



“Sebagai penghibur, saya faham orang memang suka mengkritik, tak mengapa. Saya terima.

“Kalau saya rasa kritikan betul, saya ambil dan perbaiki diri saya. Itu cara saya berfikir.

“Apa sahaja komen diberi, bagus ataupun tak bagus, saya akan nilai diri saya sendiri.

“Katalah apa sahaja, ia takkan melukakan saya,” katanya kepada BH Online ketika ditemui selepas konsert minggu kelima All Stars Gegar Vaganzs(ASGV) di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi.



Mengulas pandangannya mengenai artis yang menjadi juri pertandingan dan berpengalaman sebagai guru vokal tidak sepatutnya mempunyai masalah dari segi nyanyian, juri tetap ASGV ini menegaskan, mereka juga manusia biasa yang tidak sempurna.

“Kita semua manusia dan tidak lepas membuat kesilapan.

“Saya pun kadang-kadang sedar, ada juga nyanyian saya yang tak sedap. Kalau tak sedap, terima sajalah.

“Bagi saya, selagi berusaha memperbaiki kelemahan diri, itu lebih penting buat saya,” jelasnya.



Tidak bercakap kosong, Syafinaz memaklumkan dia masih belajar vokal kerana menuntut ilmu tidak pernah kenal batasan usia.

“Saya belajar secara talian dengan guru opera dari Jerman sebab tiada orang di Malaysia yang boleh bantu saya. Kalau perlu bayar saya bayar.

“Bagi saya, pembelajaran sangat penting. Pada usia saya begini pun saya masih menuntut ilmu dan cuba yang terbaik,” ungkap penyanyi bersuara soprano ini.

Terdahulu, nyanyian Syafinaz dikecam netizen selepas beberapa video dimuat naik dalam aplikasi TikTok yang merakamkan dirinya menyanyikan lagu Persis Salju dan Europa nyanyian asal Monica Naranjo menjadi tular.



Rata-rata netizen mengatakan mereka tidak memahami sebutan lagu Europa yang dinyanyikan Syafinaz, selain mendakwa vokalnya kurang sedap.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah



Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker