Seth Uwais mula berubah sikap selepas bersekolah, Shila Amzah stres

PETALING JAYA – Penyanyi Shila Amzah bimbang melihat perubahan sikap dan tingkah laku anak sulungnya, Seth Uwais selepas kanak-kanak itu dihantar ke sekolah.

Menerusi luahan yang dikongsikan Shila dalam sesi siaran langsung (live) Instagram sebentar tadi, penyanyi berusia 34 tahun iturisau apabila anaknya yang sebelum ini diasuh dengan sopan santun, tiba-tiba berubah sikap.

“Adakah normal apabila hantar anak ke sekolah, tiba-tiba anak itu jadi lain (berubah sikap)? Seth jadi lain. Contohnya, semalam dia buat perangai apabila dia menjerit kerana tidak mahu sesuatu.



“Dia tidak begitu sebelum dihantar ke sekolah. Jadi saya rasa tidak seronok. Selepas hantar ke sekolah, jadi begini pula,” ujar Shila.

Kata pemilik nama lengkap Nurshahila Amir Amzah itu lagi, selain suka menjerit, Seth yang kini berusia lima tahun juga sudah pandai merajuk dan tidak mahu lagi meminta maaf selepas melakukan kesalahan.

“Dia suka merajuk dan ego untuk meminta maaf. Bila dihantar ke sekolah, tidak tahu perangai siapa yang dia ikut.

“Jadi apa yang perlu saya buat? Saya jadi stres dengan perkara ini sebab rasa tak seronok. Seth seorang anak yang ‘sweet’.



“Sebelum ini dia selalu cakap terima kasih, cakap elok-elok. Tapi selepas dihantar ke sekolah?” luah Shila.

Melihat perubahan sikap dan tingkah lagu anaknya, pelantun Patah Seribu itu berkata, dia tidak boleh berhenti daripada berfikir perkara yang bukan-bukan.

“Saya tidak boleh berhenti daripada berfikir. Mungkin saya salah mengajar anak selama ini. Sebab saya seorang ibu yang terlalu lembut.

“Saya tidak mendidik anak dengan cara yang kasar, sebab saya tidak suka mendidik dengan cara begitu. Saya tidak mahu Seth menjadi seorang anak yang kasar.



“Sebab sebelum dihantar ke sekolah, alhamdulillah saya sudah mendidik Seth sehingga boleh membaca, kenal abjad dan nombor. Jadi perubahan sikapnya membuatkan saya risau,” ujar Shila.

Sementara itu, seorang pengikutnya dalam Instagram yang mendakwa dirinya seorang guru berpendapat, tingkah-laku yang ditunjukkan oleh Seth dianggap normal untuk perkembangan kanak-kanak ketika bergaul dengan rakan sebaya dan meminta Shila supaya tidak terlalu bimbang.

“Sebagai guru, saya berpendapat perkara sebegitu adalah normal. Sebab dia belajar daripada apa yang dilihat di sekolah.

“Sebab dia baru belajar untuk bersosial. Jadi dia belum faham apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Jadi jangan risau,” kata guru terbabit.



Sebelum ini, Shila pernah berkongsi Seth mempunyai masalah speech delay atau lambat bertutur, selain masalah deria atau censory issues sehingga perkembangannya lambat setahun berbanding kanak-kanak seusianya.

Kata Shila, proses untuk memulihkan anak yang lambat bertutur ini memerlukan masa dan berharap ibu bapa di luar sana dapat bersabar dan sentiasa bercakap dengan anak.

Untuk rekod, Shila yang kini sedang sarat hamil, mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Ubai atau nama sebenarnya, Muhhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 26, pada 4 Ogos 2023.

Sebelum itu, Shila pernah berkahwin dengan Haris Edraki pada 2018, namun hubungan tersebut berakhir dengan penceraian.



Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini berusia lima tahun

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rafizi yang akan ‘terbakar’ jika terus temberang

Vida geram Marissa jadi penyondol

Kecantikan Marissa bikin ramai cair

Rekod Nasi Kandar Sulaiman pecah lagi, kali ini RM222

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker