15 tahun hidup tanpa suami

Nana masih hidup sendiri dan hanya ditemani kerjaya seni yang dibina sejak 1999.

15 tahun hidup tanpa suami

Selama 15 tahun melayari kehidupan tanpa lelaki bergelar suami, penyanyi dan pelakon popular, Siti Nordiana, 40, terus dihujani persoalan jodoh, lebih lagi, apabila strategi pemasaran sempena konsert solo pertamanya mencetuskan tanda tanya.

Tidak berniat mencipta publisiti murahan, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana menyifatkan strategi pemasaran seolah-olah ingin menamatkan zaman solo itu selari dengan konsep Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 11 Mei depan.



Akui tidak pernah lelah menjawab persoalan jodoh dan perkahwinan. Malah, terus gagah melangkah dengan hanya bertemankan cinta hati iaitu satu-satunya anak tunggal, Muhammad Rayyan Nakhaie.

Wanita kelahiran Felda Sendayan, Negeri Sembilan mengakui, sehingga kini masih hidup sendiri dan hanya ditemani kerjaya seni yang dibina sejak 1999.

“Saya tak kisah orang nak tanya soal kahwin. Jawapan saya tetap sama, tapi tak tahulah jika bertemu jodoh tahun depan. Mana tahu berkat doa semua orang, saya temui lelaki yang serasi.

“Kalau ada jodoh, adalah… Tapi, buat masa ini, masih tiada. Saya lebih utamakan kerja dan senang kata, berkahwin dengan kerjaya.



“Dari usia 15 tahun, saya hanya berkahwin dengan karier,” katanya.

Mengulas konsep perkahwinan dipilih untuk konsert solo pertamanya, Nana berkata, ia boleh diumpamakan seperti acara penyatuannya bersama peminat yang selama ini tetap setia menyokongnya.

“Saya akan bersanding dengan peminat di Zepp Kuala Lumpur pada 11 Mei depan. Harap ramai yang datang konsert solo pertama saya.

“Sebelum ini, ada juga konsert, tapi ia bukanlah berskala besar. Alhamdulillah akhirnya terlaksana juga impian saya mahu mengadakan konsert tahun ini.



“Saya percaya tiada sesiapa kecam saya disebabkan strategi pemasaran ini. Semua faham ia adalah konsep perkahwinan bersama peminat.

“Sebenarnya konsep perkahwinan ini umpama saya berkahwin dengan peminat. Seperti sedia maklum, ramai peminat sangat sayangkan saya.

“Jadi, konsepnya bukan berkahwin dengan seorang lelaki, tapi dengan ramai peminat lelaki dan wanita.

“Saya mahu hadiahkan sesuatu istimewa buat peminat yang menyokong saya sejak 25 tahun lalu,” ujarnya.



Nana yang juga juara program realiti, Gegar Vaganza musim kedua mengakui gugup dan risau untuk menjelang pada Mei depan, namun semuanya berjalan lancar atas sokongan peminat.

Berikutan komitmen itu, Nana yang pernah mengeluarkan tujuh album dan puluhan lagu ini berkata, dia masih patuh makan ubat dan menghadiri kelas vokal.

“Kondisi suara saya sudah bertambah baik. Saya ada berjumpa dengan doktor. Alhamdulillah, hampir setahun saya makan ubat-ubatan dan beransur pulih.

“Insya-Allah, saya percaya menjelang Mei depan semuanya akan okay.



“Kebimbangan utama penyanyi adalah kesihatan. Sebab bila demam atau selsema, suara akan bertukar jadi lain.

“Itu juga satu komitmen daripada saya untuk menjaga diri. Saya kena berusaha,” katanya.

Nana berkongsi, dia akan tampil dengan lagu kerohanian bersama penyanyi, Tomok pada Ramadan ini.

“Insya-Allah, saya keluarkan lagu kerohanian bersama Tomok pada Mac depan. Sebab kami dalam genre yang sama.



“Jadi, Tomok sebagai King Of Leman dan saya pula Queen Of Leman dan kami bergabung.

“Kami bincang ketika menyertai program realiti, Gegar Vaganza lagi. Kami sama-sama melamar sebab kami juga sudah lama masuk industri sejak 1999, namun tak pernah berduet.

“Ketika sekolah dulu kami selalu pergi menyanyi bersama, tapi tiada kesempatan berkolaborasi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nana menafikan karier lakonannya berjalan agak perlahan sejak kebelakangan ini.

“Kali terakhir saya berlakon pada 2022. Ada tawaran, tapi saya tak boleh nak buat sebab tahun lalu saya sibuk dengan program All Stars Gegar Vaganza (ASGV),” katanya.

Nana baru melancarkan single baharu berjudul Menyantun Kasih ciptaan Datuk M Nasir.

Pernah mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Faizal Yusup pada 29 April 2006, namun berpisah pada 2009.

Mereka dikurniakan Muhammad Rayyan Nakhaie yang kini berusia 16 tahun. BH

15 tahun hidup tanpa suami

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rafizi yang akan ‘terbakar’ jika terus temberang

Vida geram Marissa jadi penyondol

Kecantikan Marissa bikin ramai cair

Rekod Nasi Kandar Sulaiman pecah lagi, kali ini RM222

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker