Beras Madani ini apa, Ameer Mydin bidas Syed Abu Hussin

Beras Madani ini apa, Ameer Mydin bidas Syed Abu Hussin

Kerajaan diminta tidak putar-belit di sebalik pemansuhan beras putih tempatan (SST) dan beras putih import (SSI) yang akan digantikan beras putih Malaysia Madani sebagai kategori tunggal bermula 19 Februari ini.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, pengumuman dibuat Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal semalam lebih banyak menimbulkan persoalan daripada menyelesaikan masalah.



“Apa makna Datuk Syed bahawa beras SSI dimansuhkan? Saya dari pihak industri minta penjelasan. Kenyataan beliau itu bermakna beras SSI tiada lagi, kita tidak dibenar import lagi dan kita jual beras putih Malaysia Madani ke?

“Kalau itu cadangan beliau maksudnya ia tidak munasabah sebab kita tidak cukup bekalan di negara ini,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika dihubungi hari ini.

Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera itu menambah, penjelasan mengenai penghapusan beras SST yang diumumkan juga dilihat separuh masak dan ia seolah-olah satu cadangan yang tidak masuk akal.

“Bila kita hapuskan beras SST yang berharga RM26 itu, ia bermakna harga beras terbabit akan jadi RM30, lebih tinggi. Jadi maksudnya ia bukan dihapuskan tapi harganya dinaikkan ke RM30, senang kita faham. Kalau tidak apa maknanya harga beras SST itu dihapuskan sebab beras itu ada lagi. Berilah penjelasan yang tepat jangan spin atau pusing-pusing.



“Tolong beri kenyataan baharu segera, kalau harga itu jadi RM30 maka kita akan rugi kerana kos kita pun sudah mencecah RM38, bila dimansuhkan memang kita boleh ‘mati’,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ameer turut menyoal adakah tindakan Syed Abu Hussin mengenai pengumumannya semalam telah melalui perbincangan dengan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) kerana ia dilihat mampu menjejaskan industri.

Malah, beliau juga mempertikai kuasa Syed Abu Husin yang boleh membuat pengumuman mengenai perkara itu kerana mengikut Akta Kawalan Padi dan Beras 1994, ia hanya dibuat oleh menteri bertanggungjawab.

Semalam, Syed Abu Hussin yang mengetuai Jawatankuasa Menangani Harga Makanan dan Kos Sara Hidup, Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) berkata, penetapan harga itu melibatkan beras 10 kilogram berharga RM30, lima kilogram pada harga RM15.50 dan satu kilogram RM3.50.



Jelasnya, ketetapan harga yang diperkenalkan itu merupakan langkah menang-menang kepada pemegang taruh, pengilang dan peniaga dengan memastikan harga beras di pasaran stabil. MG

Beras Madani ini apa, Ameer Mydin bidas Syed Abu Hussin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Nasi ayam harga RM14 lauk ‘ciput’ buat pelanggan terkejut

Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua



Enakmen Syariah Kelantan bukan Hudud bukan Qisas – Nik Elin

Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker