Ketua bahagian Umno tak puas hati rombakan exco Johor

Ketua bahagian Umno tak puas hati rombakan exco Johor

Beberapa ketua bahagian Umno di Johor tidak senang dengan rombakan portfolio exco negeri baru-baru ini, kerana menurut mereka, pemimpin-pemimpin lain yang lebih layak tidak mendapat tempat dalam barisan pentadbiran negeri.

Seorang ketua bahagian, yang enggan namanya disiarkan berkata, rombakan itu sepatutnya melibatkan lebih ramai ketua bahagian.



Rombakan yang diumumkan pada Selasa menyaksikan hanya tiga ketua bahagian Umno terlibat, iaitu Ketua Umno Simpang Renggam Onn Hafiz Ghazi, yang juga menteri besar Johor; Ketua Umno Segamat, Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Zahari Sarip; dan Ketua Umno Kulai, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Jafni Shukor.

Sumber itu berkata, ketua-ketua bahagian mendesak agar pentadbiran negeri menggugurkan exco yang tidak memegang jawatan pada peringkat bahagian.

“Bagaimanapun, apabila barisan (exco) baharu diumumkan, itu tidak berlaku,” katanya.

Majoriti barisan 10 exco pilihan Onn Hafiz terdiri daripada Adun yang tidak memegang sebarang jawatan pada peringkat bahagian, kata sumber itu.



“Ramai Adun lain yang juga ketua bahagian lebih layak, dan sepatutnya dipertimbangkan (sebagai exco),” katanya.

Sementara itu seorang lagi ketua bahagian yang juga enggan namanya disiarkan bersetuju bahawa jawatan exco sepatutnya diserahkan kepada ketua-ketua bahagian.

“Mereka juga mampu memikul tugas itu, jadi saya tidak nampak apa salahnya beri mereka jawatan itu,” katanya.

Tambahnya, langkah melantik ketua bahagian dalam barisan exco juga menunjukkan bahawa kepimpinan parti percaya kepada ahlinya.



“Ini akan mendorong ketua bahagian yang juga exco bekerja lebih keras untuk parti, yang akan membantu parti mencapai prestasi lebih baik pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Bagaimanapun, Pemuda Umno Johor berpuas hati dengan rombakan tersebut, menurut ketuanya, Noor Azleen Ambros.

Pelantikan itu diputuskan oleh menteri besar dan mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, katanya.

Antara yang dilantik sebagai exco ialah Aznan Tamin, yang belum pun berusia 40 tahun. Beliau ditugaskan portfolio pendidikan dan penerangan.



Sumber itu berkata, pelantikan Aznan melengkapi semangat Pemangku Sultan dan menteri besar, yang masing-masing berusia 39 tahun dan 44 tahun.

Dalam rombakan exco pada Selasa lepas, hanya Norliza Noh digugurkan, dengan portfolionya diambil alih Aznan, sementara portfolio beberapa exco lain ditukar. FMT

Ketua bahagian Umno tak puas hati rombakan exco Johor

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nasi ayam harga RM14 lauk ‘ciput’ buat pelanggan terkejut

Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua



Enakmen Syariah Kelantan bukan Hudud bukan Qisas – Nik Elin

Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker